Latif Romly menang emas, nama Remy Ishak pula jadi yang jadi sebutan ramai

Seperti bermusim, nama aktor kacak Remy Ishak sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila wajahnya dikatakan mirip dengan atlet lompat jauh, Latif Romly.

Perkara tersebut menjadi bualan netizen dalam ruangan komen di beberapa hantaran mengenai kemenangan Latif pada Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Kebanyakan netizen memuji rupa paras kacak Latif selain mendakwa wajahnya mempunyai iras pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

Dalam pada itu, selain Remy, terdapat juga netizen yang menyamakan wajah Latif persis pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal.

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut mendoakan agar Latif segera sembvh daripada keced3raan yang dialaminya semalam.

Video:

@kayj_edits

Tahniah kepada Latif Romly!!🔥 Speedy rocovery dear Latif Romly!🔥#paralympics #tokyo2020 #latifromly #fyp #malaysia #foryoupage

♬ High – ꪜꫀꪀ⚥︎ꪑ

Semalam, nama Latif menjadi bualan hangat sehingga sohor kini dalam Twitter selepas memenangi pingat emas ketiga buat negara pada temasya sukan tersebut.

Sehingga semalam, kontinjen atlet paralimpik negara berjaya meraih tiga emas bagi sukan angkat berat, badminton dan lompat jauh.

Manakala, satu pingat perak pula dihadiahkan oleh atlet sukan boccia.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: kosmo



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...