Svsahkan kalau nak keluar jalan-jalan atau ada acara penting kena bersolek lagi-lagi yang baru belajar. Kalau korang perasan di media sosial pasti banyak tutorial make up yang dimuat naik oleh golongan wanita terutamanya gadis-gadis muda yang ingin kelihatan cantik.
Sama dengan video kalini. Dalam perkongsian @urwatvlwwusqa, dia telah memuat naik video tutorial make up nya di Tiktok tapi ada satu kelainan yang tak pernah korang tengok.
Dalam video tersebut, Urwatul Wusqa atau Urwatul sedang mengenakan solekan pada wajahnya seperti biasa. Tapi korang cuba dengar baik-baik voice over tu. Terkejut min dengar apabila video make up gadis tersebut menggunakan suara lelaki.
“Dah macam caster game pula”
Suara lelaki itu sangat mirip dengan suara caster dalam pertandingan esport yang terkenal pada abad ini iaitu Mobile Legends kerana istilah-istilah yang digunakan ada dalam game tersebut dan suara itu merupakan milik teman lelakinya. Patutla suara lelaki.
Video:
@urwatvlwusqa tengok makep up tutorial ke tengok game ml? confuse bukan? #fypシ #foryoupage #boyfriendvoiceover #mobilelegends #makeuptutorial
Tapi korang mesti terkejut sebab boyfriend dia boleh tahu barang-barang make up yela jarang la lelaki ambil tahu pasal benda ni kan.
“Suara kartun?”
Video yang berdurasi hampir seminit ini telah menarik hampir setengah juta tontonan di Tiktok. Kebanyakan netizen yang menonton video ini terhibur dengan cara boyfriend dia ulas. Ada juga yang kata suara lelaki tersebut seperti Papa Zola. Ada-ada je korang ni…
Walaupun video tutorial ini nampak macam tournament esport, tapi apa yang ingin sampaikan adalah cara-cara bagaimana Urwatul make up.
So korang jangan pelik kalau lepas ni ada tutorial make up pakai voice over macam komentator sukan pula.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Lobak Merah
via Sinar Viral Network
0 Comments