Seorang wanita dan rakan lelakinya ditahan polis baru-baru ini kerana melanggar lampu isyarat merah kira-kira 49 kali dalam masa dua hari.
Wanita berkenaan yang berasal dari Shaoxing, Wilayah Zhejiang, China nekad berbuat demikian semata-mata mahu membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang meninggalkannya kerana mahu menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Suspek utama dikenali sebagai Lou, terdahulu meminta rakannya memnyewa kereta milik bekas teman lelakinya melalui aplikasi dalam talian. Mereka kemudian memandu kenderaan tersebut secara melulu, melanggar lampu merah, had laju dan beberapa lagi kesalahan trafik lain dengan niat mahu menganiaya bekas teman lelakinya, Qian.
Bagaimanapun, Lou tidak menyedari perbuatannya telah menarik perhatian polis yang kemudian melakukan siasatan. Semakan pada rekod mendapati, kereta Audi itu disewa oleh individu bernama Chen dari Qian. Ketika didatangi polis, Chen memaklumkan kereta tersebut disewa atas permintaan rakannya iaitu Zhu.
Zhu dalam keterangan kepada polis mengaku dia yang menyewa kereta itu setelah Lou meminta dia berbuat demikian. Demi wanita yang disayanginya sejak sekian lama itu, Zhu akur. Lebih-lebih lagi apabila Lou berjanji akan keluar bersama sekiranya dia dapat membantu wanita itu menjayakan rancangan membalas dendam terhadap Qian.
Sumber: Oddity Central
Sumber: Tak dapat move on, wanita sewa kereta ex-boyfriend & langgar lampu isyarat merah 49 kali untuk balas dendam
0 Comments