Seorang lelaki berusia 22 tahun tidak menyangka, bekas isteri yang dikahwininya pada 2016 ketika kedua-duanya masih bawah umur, kini menjadi ibu tirinya.
Difahamkan, lelaki berasal dari Budaun, Uttar Pradesh, India itu berkahwin dengan isterinya pada tahun 2016. Tetapi hubungan mereka tidak kekal lama dan hanya bertahan selama enam bulan. Lelaki itu cuba berbaik semula dengan bekas isterinya, tetapi wanita berkenaan berkeras mahu bercerai kerana bekas suaminya seorang kaki botol.
Terdahulu, lelaki itu membuat laporan polis terhadap bapanya, 48, yang telah meninggalkan rumah dan tinggal di tempat lain, Sambhal. Laporan itu mengatakan, si bapa telah berhenti memberikan wang.
Selepas membuat laporan, pengadu baru mengetahui yang bapanya telah berkahwin dengan bekas isterinya yang kini menjadi ibu tirinya. Malah, pasangan itu telah dikurniakan anak berusia dua tahun. Hal ini membuatkan pengadu tidak berpuas hati dan sekali lagi membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua pihak kemudian dipanggil polis untuk siasatan. Wanita itu yang kini menjadi ibu tiri pengadu, menyatakan dengan tegas yang dia tidak mahu kembali ke pangkuan bekas suaminya dan mendakwa dia sangat bahagia dengan bapa pengadu yang dikahwininya selepas berusia 18 tahun.
Sementara itu, polis berkata pihaknya belum meneliti dokumen perkahwinan mereka.
"Kami belum diberi dokumen pernikahan pertama ketika mereka berdua masih di bawah umur. Kes tidak dapat didafatarkan, kedua-dua pihak akan dimaklumkan perkembangan kes kelak," katanya.
Sumber: India Times, Harian Metro
Sumber: 'Bekas isteriku kini menjadi ibu tiriku' - Tak puas hati ayah rembat bekas isteri, lelaki buat laporan polis
0 Comments