Dalam sejarah katanya, hitam dan merah adalah warna perjuangan kerana ia mewakili pemberontakan menentang penindasan “yang tidak tertahan lagi”.
“Lebih penting lagi, matlamatnya ialah menolak logika fatalistik bahawa kejatuhan suatu kekuasaan zalim akan kembali digantikan satu lagi penindasan. Perjuangannya adalah merebut kembali kuasa untuk rakyat,” tulisnya di Facebook.
Beliau berkata, bendera dwiwarna itu digunakan oleh militan radikal ketika perang saudara Sepanyol dan pelbagai gerakan antikolonial serta antiimperialis di Amerika Latin.
Katanya, beliau mengubah gambar profil Facebooknya kepada logo hitam dan merah bulan lalu sebagai “petunjuk awal untuk bersiap sedia menghadapi perjuangan”.
Beliau mendapati keadaan bertambah teruk sejak itu dengan rakyat mengibarkan bendera putih kerana terdesak memerlukan makanan dan bantuan, manakala doktor kontrak pula mengadakan kempen untuk menggesa pembaharuan ke atas sistem kontrak Kementerian Kesihatan.
“Semua ini adalah isyarat bahawa rakyat semakin lemas dalam krisis. Mereka yang berkuasa tidak boleh terus berpura-pura keadaan seperti biasa.
“Setelah hampir setahun, pemerintah masih berputar-putar dalam lingkaran mengejar ekornya sendiri dan tidak mampu mencari jalan keluar.”
Tian Chua berkata, sekumpulan aktivis muda yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Rakyat melancarkan kempen “Kibarkan Bendera Hitam” untuk menyuarakan kesediaan untuk memperjuangkan perubahan.
Walaupun ini hanya beberapa tindakan sporadik katanya, ia mewakili tanda awal gerakan beramai-ramai.
“PKP (perintah kawalan pergerakan) demi PKP, rakyat dikunci sehingga papa kedana. Bukan hanya perintah pengurungan ini tidak berkesan, rakyat juga menjadi tebusan permainan kuasa politik.
“Masanya sudah tiba rakyat mesti bangkit dan lawan.”
Beliau bertanya jika rakyat perlu menaruh harapan kepada ahli politik untuk mendapatkan majoriti mencukupi, “duduk diam sahaja” sehingga Parlimen bersidang semula dan menunggu Umno memutuskan untuk keluar daripada kerajaan.
“Kita tidak boleh secara pasif mengharapkan kegelisahan ini akan hilang secara ajaib. Jiwa kita jangan cuma hampa dengan kesedihan. Kita tidak boleh membiarkan kemerosotan berterusan.
“Marilah kita bangkit untuk menentukan nasib diri sendiri. Kibarkan bendera hitam, Lawan!” - freemalaysiatoday
Apabila Gerombolan Yang Gagal Mengatakan Orang Lain Juga Gagal....
0 Comments