Benarkah Wujud ‘Penyamun’ Dalam Pembelian, Agihan Vaksin?

KERAJAAN diminta tampil memberi penjelasan bukan sahaja kepada Jawatankuasa Pengakuan Awam (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Kesihatan, Sains dan Inovasi, malah kepada rakyat mengenai perolehan pembelian vaksin.

Justeru, saya berharap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin tampil telus mendedahkan mengenai isu ini agar segala salah faham yang sedang berlegar di media sosial dapat ‘dipadam’ segera.

Ini kerana ada yang mendakwa terdapatnya golongan yang mahu menjadi kaya melalui jalan singkat apabila mengambil kesempatan terhadap pembelian dan pengagihan vaksin Covid-19. Oleh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu selidik dan mengambil tindakan sekiranya terbukti wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dikhabarkan terdapat pemberian komisyen dalam pembelian vaksin Covid-19 dan ia melibatkan jutaan ringgit.
                          
Sekiranya dilihat secara menyeluruh, saya tidak nampak keperluan pemberian komisyen dalam urusan melindungi nyawa rakyat.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini ditekan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendesak beliau menyatakan kos yang dibayar kepada pengeluar vaksin Pfizer. Namun, Khairy hanya bersedia memberi penerangan kepada PAC jika mereka boleh bersetuju dengan perjanjian kerahsiaan.

Malah, Kit Siang juga sebelum ini mendedahkan Belgium membayar 20 kali lebih rendah untuk vaksin Pfizer Covid-19 berbanding Malaysia tetapi kenyataan tersebut disangkal oleh Khairy.

Oleh: WARGANEGARA KECEWA
          Kuala Lumpur





Benarkah Wujud ‘Penyamun’ Dalam Pembelian, Agihan Vaksin?

Post a Comment

0 Comments

loading...