'Bukan nak melarang orang ramai balik beraya di kampung, tapi..' - Polis akan periksa rumah Raya ini, bimbang kes melonjak 5,000 seperti sebelum ini

'Bukan nak melarang orang ramai balik beraya di kampung, tapi..' - Polis akan periksa rumah Raya ini, bimbang kes melonjak 5,000 seperti sebelum ini


Umum tahu kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan yang amat ketara sejak beberapa minggu ini dan beberapa negeri telah dilaksanakan semula PKP, PKPD dan PKPB bagi mengekang penularan wabak berkenaan. 


Umat Islam yang bakal menyambut perayaan Aidilfitri bulan depan juga dinasihatkan untuk tidak pulang ke kampung dan kebenaran merentas negeri juga telah ditangguhkan sehingga angka kes menurun kepada dua angka. 


Hal ini membuatkan ramai yang kecewa tidak dapat pulang beraya di kampung. Ada pula yang didapati cuba mengambil kesempatan untuk merentas negeri walaupun terpaksa menipu pihak berkuasa. 


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang membuat persiapan untuk perayaan dan menggunakan strategi yang sama pada tahun lalu. 


"Kita sedang membuat persiapan untuk perayaan. Seperti perayaan tahun tlalu, kita akan menggunakan strategi yang sama dengan membuat pemeriksaan di rumah yang kita lihat ada banyak sangat kereta, untuk memeriksa sama ada mereka ada atau tidak surat kebenaran untuk balik dan sebagainya. 


"Kadang-kadang bukan hanya kerana surat rentas negeri dan sebagainya, tetapi mereka ini sudah semakin pandai. Apabila cuaca hujan lebat, ribut yang menyebabkan anggota tidak dapat berkawal di laluan atas faktor keselamatan dan berlindung di pondok, pada ketika itulah mereka mengambil kesempatan untuk merentas negeri. 


"Kita bukan nak melarang orang ramai hendak balik kampung, tetapi apabila keadaan Covid-19 di negara kita masih dalam keadaan yang susah hendak turun ke tahap bawah daripada 2,000 kes, kita bimbang selepas ini kes melonjak sehingga 5,000 seperti sebelum ini," katanya. 


Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan atau SOP yang telah ditetapkan agar rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan. Tidak wajar untuk menyalahkan pihak berkuasa yang melaksanakan peraturan tersebut yang mana ia adalah kebaikan untuk semua. 


Sumber: Berita Harian



Sumber: 'Bukan nak melarang orang ramai balik beraya di kampung, tapi..' - Polis akan periksa rumah Raya ini, bimbang kes melonjak 5,000 seperti sebelum ini

Post a Comment

0 Comments

loading...