Bantahan Rakyat Boleh Lengkapi Perjuangan Sekolah 1 Aliran

Bantah bina SJKC baru sampai berjaya!
NAMPAKNYA rakyat sudah mula bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap sistem pendidikan vernakular yang semakin melampau di negara kita.

Lihatlah bagaimana sekolah vernakular Cina dibina oleh kerajaan dengan begitu banyak seolah-olah itu adalah keperluan masyarakat setempat, walhal di kawasan tersebut majoriti penduduknya adalah Melayu.

Ini seolah-olah memaksa masyarakat setempat menghantar anak-anak mereka belajar ke sekolah vernakular. Apabila ramai Melayu yang mendaftar di sekolah tersebut, mulalah ahli-ahli politik pejuang vernakular bertempik “orang Melayu ramai pergi sekolah vernakular” untuk mengabsahkan lagi kedudukan pendidikan vernakular secara keseluruhan.

Mengapa tidak boleh dibina sahaja sekolah kebangsaan, dan bukan sekolah vernakular. Lainlah kalau yang mahu dibina ini adalah sekolah swasta vernakular, itu mungkinlah kita boleh bertolak ansur lagi.

Tahniah penduduk Bandar Kinrara yang menyuarakan bantahan ini. Kita desak sampai kerajaan tukarkannya menjadi projek pembinaan sekolah kebangsaan secara habis-habisan.

Jika ini berjaya, saya yakin ianya akan menjadi contoh yang menginspirasikan penduduk di kawasan lain yang menghadapi situasi yang sama untuk bangkit.

Kita sudah failkan pencabaran akan keabsahan sekolah vernakular di Malaysia tetapi masih tertangguh di mahkamah. Mungkin bantahan rakyat boleh melengkapi perjuangan sistem sekolah satu aliran ini. InsyaAllah.

Oleh: Aminuddin Yahaya
         Pengerusi PEMBELA
Bantahan Rakyat Boleh Lengkapi Perjuangan Sekolah 1 Aliran

Post a Comment

0 Comments

loading...