Kehilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitulah yang dialami oleh ahli keluarga empat gadis yang terlibat dalam tragedi menyayat hati apabila mereka tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas terhidu gas karbon monoksida di sebuah stesen minyak. Berikutan daripada itu, tiga orang daripada mereka telah dijemput Ilahi.
Terbaru, kakak kepada Allahy4rham Ayuni Shazwanie Shabri ada memuatnaik satu video yang memaparkan detik terakhir semasa adiknya itu bercuti bersama rakan-rakannya.
‘1 Malaysia doakan adik’
Allah dik, apa amalan adik semua orang sayang adik. Orang tak berhenti-henti ziarah adik, sedekah tak berhenti. Kami p kedai nak beli barang orang tak mau ambil duit sedekah dekat adik. Solat jenazah adik macam solat jumaat, time nak simpan adik orang ramai sangat-sangat. Jalan jem dik. Ramainya orang sayang adik. 1 Malaysia doakan adik. Al fatihah (dibaca). Tenang la dik di sana nanti kita jumpa ya.
Menerusi perkongsian Erina Shabina Shabri di Facebook, dia turut memuatnaik satu screenshot daripada salah seorang peniaga, Jeffryzal Kasim di Pulau Jerejak yang memaklumkan bahawa keempat-empat gadis berkenaan ada datang ke kedai makannya itu tempoh hari. Menurut Jeffryzal, dia mengakui amat terkejut mendengar berita yang menimpa gadis-gadis tersebut.
Dalam kesempatan itu, Erina turut meluahkan rasa sedih atas pemergian adik tercinta. Menurut kakak Allahy4rham, terlalu ramai insan telah hadir ke solat jenazah yang dilakukan selain menganggap adiknya itu disayangi ramai kerana mereka tidak putus-putus menerima sedekah.
Seb4knya..
Semua alg simpan dik🥺
Posted by Erina Shabina Shabri on Thursday, 17 September 2020
Erina turut memuatnaik video yang diambil dari akaun Instagram Story milik Allahyarham yang memperlihatkan mereka berempat dipercayai sedang bersiar-siar di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Video tersebut telah mengvndang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya seb4k dengan nasib yang menimpa mereka. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan percutian gadis-gadis ini sebagai kenangan terakhir mereka bersama.
‘Last kenangan diorang’
Sumber: Erina Shabina Shabri
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: OhBulan
via Sinar Viral Network
0 Comments