Terdapat sejumlah 40 lasykar siber yang diupah oleh Datin Seri Rosmah Mansor bagi menonjolkan imej serta menjaga reputasi baik beliau di media sosial, lapor Malaysiakini.
Bekas pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor, 46, semalam memaklumkan Mahk4mah Tinggi Kuala Lumpur blogger ‘Papagomo,’ ‘Parpukari’ dan ‘The Unspinners’ adalah antara yang telah diupah.
Ketiga-tiga blogger itu dikatakan dibayar RM5,000 setiap bulan selama hampir enam tahun bermula tahun 2012. Selain itu, Rosmah juga memperuntukkan RM100,000 setiap bulan untuk membayar cybertroopers yang diupah. Kata Rizal,
“Mereka adalah antara tiga atau empat ketua pasukan lasykar siber. Terdapat juga 12 hingga 15 blogger yang dibayar sekitar RM3,000 dan kira-kira 30 ‘Facebookers’ yang kesemuanya dibayar sekitar RM2,000 sepanjang tempoh enam tahun itu.”
Pasukan cybertroopers yang diupah itu bertugas memantau kandungan media sosial serta menangkis dan memberi penjelasan kepada setiap fitn4h atau tohm4han yang dilemparkan kepada beliau.
Rizal yang juga merupakan saksi pend@kwaan ke-21 memberi keterangan pada perbicaraan kes Rosmah yang berdepan pertudvhan meminta RM187.5 juta dan dua pertudvhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Ketika bekerja dengan Rosmah antara 1 Mei 2009 dan Mei 2018 di bawah Bahagian FLOM (Wanita Pertama Malaysia) yang kemudian dinamakan semula sebagai Bahagian Khas, Rizal berkata pasukan cybertroopers itu beroperasi dengan dana RM100,000 tersebut yang diberikan oleh Rosmah dalam bentuk tunai setiap bulan.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu did@kwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Fotovoltaik serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menurut Bernama, kesalahan itu did@kwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di Kuala Lumpur; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017. Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: Lobak Merah
via Sinar Viral Network
0 Comments