“Ibu, Ini Rumah Kita”- Impian Wany Hasrita Akhirnya Tercapai Biarpun…

Pelakon Wany Hasrita beryukur apabila impiannya untuk memiliki sebuah rumah tercapai apabila dia menerima kunci rumah pertamanya baru-baru ini.

Menurut Wany ia merupakan azamnya untuk tahun 2019 tetapi dia gembira memilikinya meskipun lewat setahun.

“Alhamdulillah untuk segalanya. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pergi haji dan umrah doa permudahkan untuk beli rumah.

“Ini azam saya tahun 2019, satu tahun lewat. Tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hambaNya.

“Ibu, ini rumah kita. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.

Wany berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan momen-momen saat melawat rumah tersebut.

Wany ditemani ibunya kelihatan sangat gembira menunjukkan ruang-ruang di kawan rumahnya yang difahamkan terletak di Semenyih.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...