Pelakon, pengacara dan usahawan Zoey Rahman membuat kejutan apabila dia menghadiahkan sebuah rumah jenis kondominium di Cheras buat ibu dan bapa tercinta.
Buat Kejutan
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman,35 ketika di majlis pelancaran produk kosmetik dan kecantikan miliknya, Mikaseries For Superstar di Magica, Quill City Mall pada Jumaat baru-baru ini. Menurut Zoey ketika ditemui Murai.my, kejayaan dalam hidupnya kini tidak akan bermakna tanpa restu dan doa ibu bapanya.
ded@h Zoey, kedua-dua ibu bapanya tidak tahu mengenai kejutan ini dan mereka hanya datang ke majlis pelancaran kerana ingin memberi sokongan terhadap pelancaran produknya.
“Keluarga saya memang tak tahu saya nak buat kejutan hadiahkan rumah kepada ibu bapa saya. Saya hanya cakap dengan mereka, hari ini untuk majlis makan-makan biasa sahaja” kongsi Zoey
Berkat Doa Ibu Bapa
Dalam pada itu juga, Zoey turut berkongsi nasihat ibu bapanya yang sering membimbing dan mengingatkannya mengenai kepentingan menjaga solat selain turut menjadi pendengar setia ketika berhadapan dengan masalah.
“Selama ini, mereka menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah, sering membimbing saya dan mengingatkan saya supaya menjaga solat.
“Sejujurnya, saya percaya berkat doa ibu bapa membuatkan saya sampai ke tahap ini. Sudah beberapa tahun perniagaan ini berjalan lancar dan kuasa doa mereka amat luar biasa,” tambahnya lagi
Mengenai Mikaseries, Zoey telah memulakan perniagaan berasaskan produk kosmetik dan pakaian ini sejak 5 tahun yang lalu. Bagi tahun 2020, Zoey meluaskan lagi empayarnya apabila dijemput oleh platform e-dagang Shopee untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee yang mana produk ini merupakanantara 10 teratas dalam kategori Kesihatan dan Kecantikan di Skuad Selebriti Shopee.
Menjelang penghujung tahun 2020, Mikaseries boleh didapati di 50 buah cawangan WATSONS seluruh Malaysia sebaga permulaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: MURAI
via Sinar Viral Network
0 Comments