Hidup berubah sepenuhnya selepas terpaksa kerja jual kereta, bekas mekanik pesawat akui apa dilaluinya tak mudah – “Saya dah dapat hidu”

“SEGALANYA berubah.”

Demikian kata seorang jejaka yang kini mengubah haluan kerjaya akib4t impak pandemik Cov1d-19 yang melanda.

Menurut Muhammad Firdaus Rahmat, dia sebelum ini berkhidmat sebagai mekanik kapal terbang selama dua tahun sebelum diberhentikan pada Ogos baru-baru ini.

Enggan berputus asa, pemuda berusia 23 tahun ini hampir sebulan berjinak-jinak sebagai penasihat jualan kereta demi meneruskan kelangsungan hidupnya.

“Masa mula-mula tu saya pun dah dapat agak, sebab pembuangan dibuat secara berperingkat. Tengok kawan-kawan dah ramai yang kena.

“Tapi agak terkejut juga. Cuma bila dah sampai ke penghujung tu, saya reda sahaja. Tak boleh buat apa dah.

Firdaus meneroka peluang pekerjaan baharu sejak Ogos lalu.

“Tapi sebelum itu saya dah dapat menghidu (buang kerja) perkara ni, saya buat back up plan dan cuba mohon pekerjaan lain juga,” ujarnya kepada mStar.

Namun kata Firdaus, agak sukar untuk dia meneruskan pekerjaan dalam bidang penerbangan sehingga mendorong dirinya mencuba nasib dalam bidang jualan kereta.

 

Jangan putus asa, kena banyak berusaha sebab rezeki ada di mana-mana.

MUHAMMAD FIRDAUS RAHMAT

Mengakui masih lagi bertatih, dia bagaimanapun yakin lapangan kerja baharu itu mampu membawa rezeki buat dirinya.

“Memang berubah. Sebelum ni dalam bidang kejuruteraan untuk pesawat. Sekarang buat sales, kena berjumpa dengan orang. Ambil masa, perlu lalu proses untuk belajar.

Firdaus enggan berputus asa dan percaya kepada rezeki yang sudah tersurat buatnya.

“Permulaan agak susah sikit, sekarang dah boleh catch up. Mula-mula diberhentikan kerja saya pun rasa nak putus asa. Memang rasa tak boleh nak buat kerja baharu.

“Tapi kawan-kawan dan keluarga banyak beri sokongan,” ujarnya yang merupakan graduan bidang Penyelenggaraan Pesawat dari UniKL.

Dalam pada itu, Firdaus juga berharap insan-insan di luar sana yang ditimpa nasib sepertinya agar terus bersabar dan cuba berusaha mencari jalan keluar untuk meneruskan hidup.

Bersama bekas rakan sekerjanya.

“Jangan putus asa, kena banyak berusaha sebab rezeki ada di mana-mana. Kita kena sentiasa cari.

“Saya juga nak ucap terima kasih kepada orang-orang di Twitter, dengan bantuan mereka, makin ramai kenal saya dan khidmat yang ditawarkan,” ujarnya yang menetap di Putrajaya.

Sehingga kini, posting dikongsi Firdaus menerima hampir 7,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...