Baru Je Anwar Umum Dapat Sokongan Dan Tunggu Masa Saja Nak Jumpa Agong. Sekali Ini Titah Agong

Baru Je Anwar Umum Dapat Sokongan Dan Tunggu Masa Saja Nak Jumpa Agong. Sekali Ini Titah Agong

Terkini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, majlis menghadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ditangguhkan berikutan kegeringan baginda Al-Sultan Abdullah.

” Ketika ini, Al-Sultan Abdullah terus menjalani raw4tan di bawah peng4wasan pakar di Institut J4ntung Negara.

” Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, jemaah menteri kabinet dan individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Al-Sultan Abdullah mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesih4tan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi anc4man penul4ran wab4k C0Vl9.

” Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama semoga dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT.

” Al-Sultan Abdullah mengajak seluruh rakyat bersama berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk anc4man dan dikurniakan kemakmuran berpanjangan,” katanya.

Anwar d4kwa dapat sokong hampir 2 per tiga

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli P4rlimen untuk menubuhkan ker4jaan.

Ahli P4rlimen Port Dickson itu berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam, namun ditangguhkan selepas baginda mendapatkan raw4tan di Institut J4ntung Negara (IJN).

” Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda pada Selasa jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima raw4tan di IJN.

” Dengan sokongan, majoriti kukuh dan meyakinkan ini bermakna pada saat ini kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah j4tuh,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Akan persembahkan sebaik Agong keluar dari IJN

Anwar dalam sidang media khas hari ini berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut J4ntung Negara (IJN).

Katanya, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas menghadap YDPA dalam masa terdekat.

” Pentadbiran ini mewakili bukan saja rakyat Melayu Bumiputera tetapi semua kaum di negara ini,” katanya.

Ditanya jumlah sokongan diperoleh, Anwar enggan mended@hkan sebaiknya mengulang pendirian memperoleh majoriti yang kukuh daripada pelbagai p4rti untuk membentuk kerajaan.

” Konklusif, kuat dan kukuh, saya bukan bercakap mengenai 4,5,6 sokongan tetapi hampir dua pertiga ahli p4rlimen pelbagai parti.

” Dokumen ini tetap tidak boleh diragui, semuanya akan dimaklumkan sebaik menghadap Agong,” katanya.

Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad ada dalam senarai itu, Anwar berkata, bekas Perdana Menteri itu tiada dalam senarai.

” No (tiada), buat masa ini tiada,” katanya.

Anwar turut ditanya adakah terdapat pemimpin PKR yang berpaling t4dah dan menyertai parti lain.

” Dalam senarai saya tidak nampak,” katanya.

Sumber : MG

Berkaitan;

[VlDE0] : #AnwarForPM – Akan mengadap DYMM Agong dlm masa terdekat

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan telah mendapat sokongan majoriti ahli P4rlimen ketika sidang media khas di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Oleh Zanariah Abd Mutalib

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mend@kwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Anwar mend4kwa, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak ker4jaan sedia ada, namun engg4n mended@hkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Katanya, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun ditangguhkan kerana baginda menerima raw4tan di Institut J4ntung Negara (IJN).

“Alhamdulillah. Kini saya mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli P4rlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ingin saya nyatakan, majoriti yang menyokong juga adalah dalam kalangan Melayu dan Islam.

“Secara konklusifnya, (jumlah majoriti) kuat dan kukuh. Saya tidak bercakap mengenai empat, lima, enam (Ahli Parlimen) tapi lebih daripada itu.

“Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas menghadap Agong dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam sidang media di hotel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar berkata, pentadbiran ker4jaan itu kelak akan mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu Bumiputera dan perwakilan semua kaum di negara ini.

“Kami tetap menjunjung prinsip Perlemb4gaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja Melayu, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istimewa Melayu, selain jaminan tegas mempert4hankan hak pelbagai kaum lain,” katanya.

Ditanya berulang kali mengenai jumlah majoriti yang did4kwa diperolehinya dan parti yang menyokongnya, Anwar berkata, beliau mempunyai senarai itu, namun menyerahkan kepada p4rti yang terbabit untuk menyatakan pandangan mereka.

“Bagaimanapun, setakat ini, saya ada dokumen tetap. Tidak harus diragui. Kalau tidak, saya tidak lakukan sidang media ini.

“(Jumlah Ahli Parlimen) kukuh dan meyakinkan. Ia bukan jumlah yang kecil yang kita perkatakan.

“Kenapa saya tidak mahu sebut? Sebab saya meletakkan penghormatan kepada kedudukan Agong dan sepatutnya perkara terperinci ini harus dimaklumkan kepada baginda terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata, dengan sokongan dan majoriti yang diperolehnya itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tumb4ng.

“Saya persilakan beliau untuk bekerjasama. Saya tidak ada mas4lah peribadi dengannya. Kesediaannya bekerjasama akan membantu supaya perubahan peralihan (kuasa) berlaku dengan aman dan teratur.

“Seandainya beliau bersedia, beliau boleh berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” katanya.

Ditanya sama ada pembentukan ker4jaan baharu yang did4kwanya itu melalui pintu belakang, Anwar menafikannya dan mend4kwa ia kerajaan yang mendapat mandat dan sokongan dengan prinsip serta dasar yang jelas.

Ditanya jika ker4jaan itu ker4jaan Pakatan Harapan (PH), Ahli Parlimen Port Dickson itu mend4kwa, satu gabungan parti baharu bagi penubuhan ker4jaan akan terbentuk dan akan mengambil kira pengalaman lalu.

Berhubung sama ada P4rti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai gabungan baharu berkenaan, Anwar berkata, “Tid4k. Beliau mungkin memutuskannya kemudian tapi ketika ini, tid4k”.

Sumber : BH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: thetulars.com/



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...