Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak yakin dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mend@kwa memiliki sokongan cukup dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Bercakap menerusi Zoom di Nutanix’s Asean CIO Virtual Summit, Mahathir mengatakan bahawa Anwar juga pernah membuat d@kwaan sama pada 2008 namun tidak menjadi kenyataan.
“Kita harus tunggu untuk lihat apakah ini satu lagi episod membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan,” katanya seperti dipetik portal The Edge Singapura.
Mahathir ditanya mengenai perkara tersebut selepas Anwar membuat sidang media berkenaan d@kwaan itu di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur.
Pada sidang media sebentar tadi, Anwar mend@kwa dia sudah memiliki sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan namun enggan mended@hkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa lebih wajar jika dia menyerahkan jumlah sokongan wakil rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil, bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya.
Selain itu, Anwar juga berkata bilangan majoriti yang diraihnya itu tidak termasuk Mahathir dan ahli parlimen dari parti baru bekas perdana menteri itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) pula menfaikan d@kwaan Anwar, namun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa terdapat beberapa anggota parlimen dari partinya yang memihak kepada pemimpin PKR itu.
Dalam perkembangan sama, Amanah dan DAP berkata pihaknya akan menyokong Anwar jika dia boleh membentuk kerajaan baru
Pembohong tegar dan ahli politik gi-la’ – Azmin
d@kwaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa dia mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat telah mengvndang rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Walaupun ramai pemimpin kerajaan menolak d@kwaan Anwar itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali hanya mempunyai lima kata-kata untuk dikemukakan.
“Pembohong tegar dan ahli politik gila,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Azmin, yang juga anggota majlis pimpinan tertinggi Bersatu, tidak memperincikan maksud ciapannya itu.
Bekas timbalan presiden PKR itu berperanan dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada akhir Februari lalu.
Azmin bersama 10 ahli parlimen PKR termasuk dirinya berpaling tadah menyokong Bersatu dan pada masa sama presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan.
Muhyiddin kemudian mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru setelah dia membentuk kerajaan PN yang terdiri daripada pemimpin PKR yang membelot bersama wakil rakyat Bersatu, BN, GPS, PAS, PBS dan Star.
Azmin sebelum ini adalah penyokong setia Anwar yang bersamanya ketika dia dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998 dan kemudian dihumban ke penjara oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.
Namun, hubungan Azmin dan Anwar menjadi tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menyaksikan PKR retak dan akhirnya berpecah.
Ini memuncak dengan pembelotan Azmin pada akhir Februari. Azmin juga membawa sebahagian besar penyokongnya ke Bersatu.
Pada sidang media di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur hari ini, Anwar mend@kwa dia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat tetapi enggan menyatakan jumlah anggota parlimen yang sebenarnya.
Ahli Parlimen Port Dickson berkata, bahawa adalah wajar baginya mempersembahkan nombor tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil.
“Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti.
Namun, bagi pemimpin PN, Anwar hanya menipu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: https://ift.tt/35xeRt7
via Sinar Viral Network
0 Comments