“Isteri kini ubah sikap dan penampilan”..- Dazrin Kamarudin

PELAKON Dazrin Kamarudin mengakui isterinya iaitu Nur Fazulin Razali merupakan insan yang bertanggungjawab mengubah dirinya menjadi seseorang yang lebih baik dari segi penampilan mahupun personalitinya.

Menurut Dazrin, 32, sejak mendirikan rumah tangga hidupnya telah banyak berubah ke arah yang lebih positif dan boleh dicontohi.

“Dialah yang mengubah imej saya, dialah yang mengubah diri Dazrin Kamarudin untuk jadi seorang individu yang lain sikit, yang mungkin lebih efisien, on time, lebih profesional, kemas imejnya dengan sisi yang berbeza.

“Dengan adanya orang rumah dan adanya anak, sekarang ni diri saya berubah 360 darjah.

Dazrin dan Fazulin berkahwin pada 6 Mei 2017.

“Kalau sesiapa yang mengenali Dazrin yang dulu mungkin nampak sedikit sebanyak perbezaannya dengan Dazrin yang sekarang.

“Itulah penangannya lepas dah membina keluarga. Alhamdulillah kita berubah demi kebaikan,” katanya kepada mStar.

Dazrin ditemui ketika sidang media pelancaran Pusat Penghabisan Stok Al Aqsa Carpets di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Pelakon drama My Darling, Inspektor Daniel ini turut dilantik sebagai Pengarah Urusan Inovasi syarikat tersebut.

 

Macam mana saya nak tengok diri saya sendiri di TV dengan badan macam ni.

DAZRIN KAMARUDIN

PELAKON

Dalam pada itu, Dazrin berkata isterinya turut membantunya memulakan diet untuk menurunkan berat badannya yang naik mendadak sejak bergelar suami.

“Dulu masa lepas kahwin berat saya naik mendadak sehingga 90 kilogram. Saya mula diet dan bersenam untuk turunkan berat badan pun penangan dari isteri saya.

“Dia cakap macam mana saya nak tengok diri saya sendiri di TV dengan badan macam ni.

“Dari situ saya terfikir, sebagai seorang pelakon saya perlu jaga badan dan berdisiplin. Jadi saya mula berdiet dengan tidak mengambil gula, nasi dan mula aktif ke gim,” ujarnya.

Dazrin bersama isterinya, Fazulin dan anak mereka.

Dazrin dan Nur Fazulin Razali mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2017 di Hotel Avillion Legacy, Melaka.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Dasuki yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...