“Terpaksa Heret Anak-anak..” – Rita Rudaini

HAMPIR tujuh tahun memegang status ibu tunggal, pelakon Rita Rudaini mengakui cabaran membesarkan anak-anak sendirian tanpa suami atau pembantu bukanlah tugas mudah.

Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkata, ada kalanya dia terpaksa membawa anak-anak bersama jika ada urusan kerja yang harus diselesaikan.

“Bila ada meeting terpaksa heret anak-anak sekali dan anak-anak terpaksa kelas secara online di situ juga.

“Nak senang bukan senang, tak ada kerja yang mudah apatah lagi sister (merujuk dirinya) seorang menyara keluarga, jaga anak-anak… buat macam-macam kerja dalam satu masa.

“Kadang-kadang harap tangan ada banyak macam tangan sotong… kadang-kadang otak rasa kembang macam span basah sebab banyak benda nak kena fikir itu dan ini! Yang ada suami atau pembantu… Alhamdulillah ringan beban,” katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Rita menarik perhatian pengikut.

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini turut menyeru golongan wanita supaya sentiasa mempersiapkan diri dengan sebarang ujian kehidupan atau perkahwinan.

Katanya, isteri tidak boleh terlalu bergantung harap dan harus belajar hidup berdikari.

Single mom and dad macam sis ni memang survivor tapi nasihat saya untuk wanita di luar sana, walaupun dalam zon selesa kenalah ambil tahu dan berdikari.

Rita bersama dua anak lelakinya.

“Kita tak tahu panas itu sampai petang atau tidak, hidup ini jangan rasa nak selesa dan senang saja, selalulah fikir macam mana bila satu hari nanti aku susah.

“Apabila selalu beringat, autom@tik kita sentiasa dan selalu ada rasa tanggungjawab dengan diri sendiri dan pada orang lain… ujian tu datang tiada amaran, kalau rasa diri perlu berubah, berubahlah sebelum ditimpa tangga, jangan tunggu sudah terhantuk baru nak tengadah,” ujarnya.

Rita berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2008, namun bercer4i pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini di bawah jagaan Rita.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...