GARA-GARA kerap memuat naik foto anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim di laman Instagram miliknya, pelakon Abby Abadi dianggap sebagai ibu yang pilih kasih.
Menjawab d@kwaan tersebut, Abby, 43, menjelaskan dia banyak berkongsi foto Dania berikutan ulang tahun kelahiran anaknya itu yang ke-15 pada Ahad lalu.
Menurut pemilik Arbaiyah Abdul Manan, anak ketiganya iaitu Maria Dania Hakim tidak gemar untuk bergaya di hadapan kamera.
Abby menjelaskan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.
“Ada yang kata, kenapa asyik keluarkan gambar Dania saja, yang seorang lagi tu kenapa tak keluarkan. Saya tahu dia maksudkan baby besar saya tu
“Satunya, dah hari ini kebetulan hari lahir Dania, jadi banyaklah gambar dia. Hehe. Lepas itu baby Danisha saya tu tak suka bergambar, tak nak dia posing macam kakaknya ni.
“Karakter berbeza. Tapi kalau setakat mengusik, bvli yang kecil Daiyan, Dayana dan Darda itu dialah orangnya ya,” kata Abby.
Pelakon drama Gerak Khas itu menjelaskan perkara itu di laman Instagram miliknya selepas ada netizen mempertikaikan tindakannya tersebut.
Saya mama yang adil dan saksama ya.
ABBY ABADI
PELAKON
Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 namun bercer4i pada 18 Disember 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15 dan Maria Danisha Hakim, 12.
Dalam pada itu, Abby memberitahu dia sentiasa melayan kesemua anak-anaknya secara sama rata.
“Tu menyorok-yorok photobomb macam itu, itulah dia. Tapi suruh posing tak mahunya. Tak ada saya lebihkan Dania. Semua anak sama rata saja saya layan.
Abby dan suaminya mengambil tiga orang anak angkat.
“Yang komen tu, cara dia macam tak puas hati saja. Padan muka pun dah kena block.
“Jadi yang tak faham-faham tu tolonglah ya… Tak ada pun. Saya mama yang adil dan saksama ya. Sekian,” ujarnya.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Jaiezzanny pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai tiga orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments