“Suami Juga Gembiranya Bukan Kepalang,” – Baby Bump Jelas Kelihatan, Emma Maembong Dijangka Bersalin November Depan

Pelakon Emma Maembong bersama suami, Muhammad Shazli Azhar menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut sama tumpang gembira dengan berita kehamilan Emma yang dikongsikan keduanya menerusi Instagram pada Selasa.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memaklumkan usia kandungannya mencecah empat bulan.

Kini menikm@ti percutian di Langkawi, Emma menerusi laporan Berita Harian berkongsi perasaannya yang gembira bercampur teruja.

“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.

“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,” katanya seperti yang dipetik.

Pada masa sama, dia dan suami turut tidak sabar menantikan kehadiran permata hati dalam keluarganya.

“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.

“Suami juga gembiranya bukan kepalang,” ujar Emma yang dijangka bakal melahirkan anak sulungnya, November depan.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Emma menerusi kapsyen membayangkan bulan madu mereka disifatkan sebagai percutian terakhir berdua dengan suami kerana selepas ini mereka tidak sabar ditemani anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@shazli.a Our first honeymoon and last duo trip with my husband.can’t wait to see you my baby🌸❤️ photographer: @amirnaufalna video: @cameo.x hotel : @dashresortlangkawi

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Mengenakan pakaian sedondon putih, foto dikongsi turut menampakkan ‘baby bump’ pelakon Awak Suka Saya Tak? ini.

Terdahulu, Emma dan Shazli yang juga seorang juruterbang, mendirikan mahligai perkahwinan pada 20 Februari lalu di Damansara.

Foto di lokasi sama turut dikongsikan Shazli di Instagram.

Foto: Instagram Emma, Shazli

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️ Photographer: @amirnaufalna Video : @cameo.x Hotel: @dashresortlangkawi

A post shared by @ shazli.a on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...