GELAGAT comel sepasang sahabat cilik yang berpelukan ketika bertemu selepas beberapa bulan ‘terpisah’ gara-gara perintah berkurung (lockdown), mencuri perhatian netizen.
Video tersebut dirakamkan oleh ibu kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan.
Riak wajah dan reaksi kedua-dua sahabat baik itu yang langsung tidak menduga akan bertemu, begitu mencairkan hati netizen.
Menerusi video berkenaan, kelihatan kedua-duanya berlari sebaik sahaja terperasan kelib4t wajah antara satu sama lain.
Mereka lantas berpelukan dan melompat kegembiraan sambil diperhatikan oleh ibu masing-masing.
Kedua-duanya yang berusia tiga tahun dan berasal dari New York, menjadi sahabat baik sejak bertemu di pusat jagaan dua tahun lalu. – Mirror.co.uk
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments