Aktor Hairul Azreen melahirkan rasa bangganya apabila dapat bermain satu gelanggang badminton dengan legenda sukan tersebut, Datuk Lee Chong Wei.
Menerusi laman sosial Instagram, Hairul berkongsi beberapa keping foto dan sebuah video aksi beregunya bersama Chong Wei untuk tatapan umum.
“Berpasangan dengan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
View this post on InstagramSatu gelangang dengan Datuk @leechongweiofficial rasa sangat bangga, selalu tengok dalam tv je
“Rasa sangat bangga, selalu tengok dalam TV je,” tulis Hairul sebagai kapsyen foto dan video.
Dalam sesi tersebut, ia turut disertai oleh isterinya pelakon Hanis Zalikha, yang pertama kali bermain bersama.
Tambah istimewa apabila Chong Wei turut menghadiahkan sepasang raket badminton kepada pasangan itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya yang teruja melihat permainan Hairul bersama Chong Wei.
Malah, ramai yang turut melepaskan rindu melihat aks1 hebat Chong Wei di gelanggang badminton setelah jaguh dunia itu bersara pada tahun pada tahun lepas.
“Bestnya! Kat mana ni?” tanya Tokti.
“Powerrr Hairul!” komen Izzue Islam.
“At least lepas juga rindu nak tengok Chong Wei main!” kata seorang wargamaya.
“Peluang emas ni dapat main dengan lagend negara. Dapat bergambar pun dah bangga, apatah lagi dapat main sekali,” tulis seorang wargamaya.
“Pergh pertama kali Datuk Lee Chong Wei terlepas bola boleh pukul lagi, kena. Banyak power maa!” puji seorang wargamaya.
“Datuk LCW nampak masih power, living legend!” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video Hairul dan Chong Wei telah menerima hampir suku juta tontonan daripada warga Instagram.
Terdahulu, Chong Wei mengumumkan pesaraannya pada 13 Jun 2019 selepas 19 tahun mengharumkan nama negara.
Antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro pada tahun 2016.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
via Sinar Viral Network
0 Comments