Diana Rafar bakal timang anak lagi

KUALA LUMPUR: Siapa sangka pada usia mencecah 38 tahun, Diana Rafar dikurniakan rezeki hamil lagi.

Dijangka melahirkan anak ketiga, Oktober depan, pelakon drama Susuk itu bakal menyambut bayi lelaki.

Awalnya, Diana atau nama sebenarnya, Adiana Abdul Rafar menyangkakan akan melahirkan cahaya mata perempuan.

 

“Ingatkan anak perempuan kerana dua cahaya mata, Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, 3, mahukan adik perempuan. Bagaimanapun, Allah mengurniakan rezeki anak lelaki. Saya dan suami, Zamarul Hisham menerimanya dengan berlapang dada.

“Menerusi proses pengimbasan dilakukan, doktor mengesahkan bayi lelaki. Kashfi dan Kayla teruja mahukan adik. Suami pun memang nak anak lagi. Bayangkan, belum lahir bayi dalam perut ini, anak-anak minta seorang lagi,” katanya kepada BH Online.

Katanya, dia tidak menyangka pada usia memasuki 40-an masih diberi kesempatan hamil.

 

“Memang terasa beza mengandung kali ini. Mungkin faktor usia. Namun, ia tetap nikmat indah bagi wanita bernama isteri dan ibu

“Belum bayi lahir, rezeki tidak putus. Saya ditawarkan rezeki barangan bayi dan produk kesihatan berkaitan kehamilan untuk dipromosikan dan diulas dalam laman Instagram,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH/Trending Giler



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...