“Saya Tetap Pilih Fikry..” – Nana

KUALA LUMPUR: Selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua, kerjaya penyanyi, Siti Nordiana, 36, kembali berny4wa, malah sambutan diberikan terhadapnya berganda kerana berjaya mengumpul peminat dalam kalangan generasi baharu.

Seiring kematangan usia pembabitan dalam bidang nyanyian, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana terus memperlihatkan anjakan dalam kerjaya. Ia sekali gus menjadikan Nana bukan saja diminati sebagai penyanyi, malah pelakon dan pengacara.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, perjalanan kerjaya Nana kini bagai sudah tersusun cantik. Satu persatu kejayaan dicapai membuktikan kerja keras dan semangat tidak pernah putus asa dalam diri.

Bagi mencipta kelainan, Nana bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Angkara ciptaan Sharon Paul dan lirik Fedtri Yahya dan Nana.

Sebelum melancarkan single Angkara, Nana terlebih dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‘Meraung’ pabila ‘Cinta Hanya Sandaran’ .. coming soon di #rumah107 #astrowarna #sitinordiana #angkaranana @tomokofficial

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan mengandungi empat episod yang mana pada episod akhir segala persoalan bakal terjawab. Menariknya, episod keempat juga adalah video muzik penuh Angkara.

Episod pengenalan sudah ditayangkan pada 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Nana berkata, idea timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, suka menonton filem pendek di laman YouTube.

“Saya tak pernah buat seperti ini, selalunya ‘countdown’ dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya, ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya mahukan kelainan dan sentuhan drama buat peminat.

“Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek terlebih dahulu, barulah boleh tahu isi cerita video muzik penuh.

“Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ, saya cuba untuk menggunakan konsep sama dalam video muzik kali ini,” katanya kepada BH Online.

Nana yang juga bintang drama Dia Semanis Honey berkata, jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.

“Awalnya, saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik. Dengan bantuan pengarah, Seventeen Eleven Music dan saya sendiri, maka terhasillah video muzik ini.

“Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka. Orang kata barulah ada variasi,” katanya.

Teristimewa buat peminat Nana, video muzik Angkara menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.

“Pengarah nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia adalah rakan yang sangat mudah mahu bekerjasama. Berurusan dengannya tidak banyak kerenah.

“Fikry sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Bagaimanapun, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.

“Dia, pelakon yang sangat memberi. Jika tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,” katanya.

Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai, manakala ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai ini. Serentak dengan itu, ia dilancarkan bersama single Angkara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning semuanyaaa 😘

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...