Sape Suruh Awak Terima Pinangan Saya Dulu. Padan Muka Kau – Mamat Sepah

Dalam kalangan dunia hiburan lawak tempatan, Mamat Sepah adalah antara pelopor kepada kumpulan lawak yang mula mendapat tempat di hati masyarakat.

Bersama Shuib dan Jep, Mamat mula menempa nama menerusi kumpulan lawak Sepah sehingga beberapa kali memenangi pertandingan sebelum mereka akhirnya berpecah.

Di antara ketiga mereka, Mamat yang paling lambat berkahwin.

Bertarikh 2 Mac lalu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Muradakhirnya menamatkan zaman bujang apabila sah bergelar suami kepada Nordiana Ibrahim.

Menariknya, isteri Mamat adalah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan dikenali sebagai Diana Ibrahim.

Dalam perkongsian di Instagram baru-baru ini, Mamat berkongsi bagaimana karektor berbeza antara mereka dengan mengusik isterinya dapat menerima lelaki ‘rock’ sepertinya.

” Macam langit dan bumi.. di sudut hati isteri saya mesti mikirkan nape la laki dia macam ni.

” Mesti dia tak penah terpikir akan berkawin dengan lelaki rambut panjang macam saya.. yela sekeliling kat tempat kerja dia sume orang yang smart dan berdisplin,

” Balik je umah jumpa laki rambut mcm orang kat lokap, kadang yang kat lokap tu lagi smart dari laki dia..

” Dia kna terima hakikat kahwin dengan rockers sejati.. Sape sruh awk terima pinangan saya dlu??

” Padan muka ko dapat laki rambut sama panjang. Luaran tidak mnjanjikan apa-apa.. yang penting? Tolong sambung..” akhiri Mamat

Mamat suka simpan rambut panjang sejak remaja

Meskipun lebih dikenali sebagai pelawak apabila pernah bergandingan bersama Shuib dan Jep sebagai satu kumpulan lawak Sepah, namun kecintaan Mamat terhadap muzik rock tidak dapat dinafikan.

Penampilannya kini yang selesa berambut panjang sebenarnya bermula sejak zaman muda remaja lagi.

Mamat turut pernah berkongsi gambar sekitar tahun 2005 ketika dia bersama rakan termasuk Jep Sepahtu pergi menonton konsert kumpulan rock terkenal, Search di Melaka.

” Ni zaman kami budak2 kulai dan senai keje kilang surat kabo NSTP.. Zaman ni dlm kepala asik pikir camne nk populer cam kumpulan search..apa yg ptot kite buat supaya nmpak lain dri lain..

” Masa ni umur saya dgn jep 20 tahun..gambo di amik masa tahun 2005 bru balik dri konsert search kt melaka.. Hari2 mengelamun klu la satu hari nanti dpt jmpe kumpulan search lepas tu perfome dgn dorg atas pentas msti gempak beb..

” Time ni hari2 saya selalu ckp kt mmber2 satu hri nanti wa jd artis…hari2 gak kna gelak kan dgn mmber2 sbb dorg kata aku x btol  …tahun 2008 aku hentikan gelak ketawa dorg..dorg harus bergelak tgk kami di kaca tv..

” Dari dlu aku mmg slalu set kt kepala IMPIAN BIAR LA SEPERTI MELASTIK SAMPAI KE BINTANG KEJORA..” tulis Mamat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Asia Kini



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...