Wanita Rusia Lahirkan Anak Dalam Laut Merah Jadi Perhatian


Seorang wanita Rusia mengejutkan pengunjung laut Merah apabila dia melahirkan anak di dalam air di Mesir.

Wanita tersebut naik ke darat selepas dua orang  lelaki yang dipercayai suami dan doktor peribadi kepada wanita itu memegang bayi yang masih bertali pusat dilihat naik dari permukaan air.


Imej wanita itu bersama bayi dan pasangan menjadi tular selepas dimuat naik oleh salah seorang pengunjung di laman facebooknya.

Memetik laporan dari portal Daily Mail, wanita tersebut dikatakan membuat keputusan untuk bercuti ke negara itu untuk melahirkan bayinya di dalam air laut.


Identiti wanita itu tidak didedahkan dan ibu serta bayinya kelihatan sihat selepas keluar dari laut. Sementara mereka yang berkongsi gambar tersebut memberitahu bahawa wanita itu keluar berenang sebelum dia bersalin.

Sumber- Dailymail

Post a Comment

0 Comments

loading...