SYARIKAT pengeluar pr0duk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd menuntvt ganti rugi sebanyak RM160,000 daripada pelakon Nelydia Senrose berhubung pelanggaran kontrak sebagai duta pada tahun 2019.
Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun memberitahu Mahkam4h Tinggi Kuala Lumpur bayaran sebanyak RM102,000 telah dilunaskan kepada aktres tersebut bagi tujuan mempromosikan produk mereka.
Bagaimanapun, bayaran itu tidak setimpal dengan tugas yang dijanjikan dan Nelydia did4kwa gagal melaksanakan tanggungjawab sebaik bersetuju menjadi duta sejak Disember 2018.
Nelydia Senrose hadir ditemani suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
“Ikut perjanjian, Nelydia perlu hadir untuk program televisyen sebanyak dua kali, pelancaran prodvk dan posting di laman sosial sebanyak 15 kali tetapi sepanjang tempoh itu tiada satu post dibuat.
“Kita sudah bayar sebanyak 70 peratus tapi tidak seperti diharapkan dan dia juga tidak memberi respons kepada pihak kami… jadi kita mahu menuntut semula bayaran tersebut bersama kos lain-lain, ” kata Mandy.
Dalam keterangan sebagai s4ksi, pengasas produk berusia 29 tahun ini berkata Nelydia selaku defendan pertama hanya menjalankan satu sesi fotografi sepanjang tempoh kontrak setahun itu.
Prosiding perbicaraan hari pertama ke3s itu dijalankan di hadapan Hakim Tuan Shamsuddin Abdullah.
Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun ketika ditemui media selepas prosiding pada Selasa.
Sementara itu, Nelydia yang hadir ditemani suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, ketika ditemui di perkarangan mahk4mah enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.
“Maaf saya tak boleh komen mengenai k3s ini kerana tidak mahu menganggu proses mahk4mah.
“Saya akan memberikan kerjasama penuh, ” ujarnya.
Chriszen selaku plaintif diwakili peguam Tan Eng Keat, manakala Nelydia dan pengurusannya selaku defendan kedua, Alfie Management Sdn Bhd diwakili peguam Amirul Izzat dan Lim Zi-Han.
Perbicaraan k3s akan disambung pada 16 Julai depan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments