Berjaya Pecahkan Telur, Nia Ramadhani Dipuji Suami, ini Sebabnya?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani yang mencipta nama menerusi drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ardi Bakrie, Nia tidak lagi berlakon.

Kehidupannya serba mewah dan glamor, sejak kebelakangan ini nama Nia menjadi perhatian ramai kerana tidak pandai melakukan kerja rumah. Malah, sebelum ini tular apabila Nia mengaku tidak pandai melakukan tugas-tugas mudah termasuk membasuh pinggan.

Nia berkata meskipun sudah berkahwin, dia langsung tidak membuat kerja rumah kerana sejak kecil lagi dia dibesarkan seperti seorang puteri. Bagaimanapun, baru-baru ini video viral mengenai Nia ternyata membuatkan netizen rasa ger4m.

Video tular itu memaparkan Nia dipuji melambung oleh suaminya kerana berjaya pecahkan telur di dalam mangkuk. Terdahulu, Nia menolak untuk mengupas buah salak sebab dia kata tak pernah mengupas buah tersebut sebelum ini.

Difahamkan, Nia telah dicabar suaminya untuk memecahkan telur. Berjaya memecahkan telur, suaminya akui bangga dengan pencapaian isterinya.

Meskipun ramai yang mengecam, namun rata-rata peminatnya turut berbangga dan terhibur dengan telatah Nia. Kata netizen lagi, meskipun perkara itu mudah bagi kebanyakan orang tetapi ianya sukar buat Nia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rotikaya



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...