Semalam (15 Julai) sesi persekolahan telah mula dibuka sepenuhnya secara berperingkat di seluruh negara. Pembukaan semula sekolah adalah satu berita baik buat pelajar setelah dibuktikan bahawa pembelajaran secara atas talian tidak begitu berkesan bagi kebanyakan pelajar.
Weh weh weh. Korang bau tak ni? Bau twitter takde budak sekolah. Ah. Inilah bau kemenangan.
— Khuzrin Kamarudin (@_Khuzrin_) July 14, 2020
Walaupun sesi persekolahan berjalan seperti biasa, SOP tetap perlu dipatuhi, antaranya perhimpunan ramai seperti makan bersama-sama di kantin adalah tidak dibenarkan.
Seorang wartawan untuk Buletin TV3 mengupas keadaan pelajar-pelajar di sekolah dalam menjalani norma baru itu dan bagaimana situasi di dalam bilik darjah di mana pelajar perlu duduk berjauhan dari rakan-rakan dan sentiasa memakai topeng pelindung pernafasan.
Dalam video laporan berkenaan, wartawan tersebut berpakaian seragam sekolah dan meletakkan dirinya dalam situasi pelajar yang sedang mengikuti pelajaran di dalam kelas.
SELINGAN | "Ali awk buat apa Ali? Dari tadi tadi saya tengok awk bercakap" pic.twitter.com/th98Zpo8dx
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 15, 2020
Dia kemudian bercakap pada kamera untuk melaporkan situasi itu ketika pelajar lain cuba menumpukan perhatian kepada guru yang sedang sibuk mengajar di hadapan.
Namun belum sempat dia mengakhiri laporannya, wartawan tersebut ditegur oleh guru berkenaan kerana bercakap di dalam kelas.
Selingan lucu dalam laporan terebut membuat ramai penonton geli hati dan ramai yang meninggalkan pelbagai komen menarik.
“kalau cikgu addmath aku ni…”
“dah makan duster dah cikgu tu baling…”
“Harap leh berlakon drama plak lepas ni…”
“cita cita ali nak jadi pembaca berita…”
“Dia suruh ikut SOP, tp dia pon xikut…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
via Sinar Viral Network
0 Comments