Pelakon baru yang sedang meraih populariti, Hun Haqeem, 22, mengakui dirinya masih solo dan tidak mempunyai teman wanita.
Sudah lebih tiga tahun ‘single’, pemilik nama sebenar Haqeem Hermy mended@hkan dirinya kadang-kadang terlupa soal cinta kerana kesibukannya yang dialami.
“Bukannya tak nak mencari teman wanita, tetapi pemikiran saya sering berlegar dengan persoalan yang sama.
View this post on Instagrami promise to myself I’ll never let you go, I’ll give you my heart and soul *feeling sikit cewahhh
“Saya sering berfikir mengenai cara untuk stabilkan diri, bagaimana saya mahu menolong keluarga dan banyak perkara lagi.
“Bila saya selalu fikirkan mengenai perkara terbabit, kadang-kadang saya boleh lupa soal cinta dan perhubungan,” katanya.
Jejaka yang popular menerusi watak Jekfer dalam siri Kampung People ini juga mengakui sebagai lelaki, tanggungjawab yang dipikulnya amat besar.
“Kadang-kadang terfikir.. ‘Oh, aku single, sedih juga’… Macam tulah…
“Tapi lama kelamaan saya tak kisah pun, syukur Alhamdulillah, mungkin Allah dah tentukan buat masa ini, ia menjadi waktu untuk saya bekerja.
View this post on InstagramThe more you see the more you learn , and I’ve learned that all of you have a beautiful heart
“Sebagai lelaki, tanggungjawab saya agak besar sebelum mahu memikirkan soal rumah tangga dan sebagainya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Hun kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi Kampung People.
Hun juga bakal terlibat dalam satu program yang akan dided@hkan tidak lama lagi!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
via Sinar Viral Network
0 Comments