Bella Dally Tak Bergantung Pada Suami

Mengakui kini lebih selektif dalam pemilihan watak, Bella Dally berkata selepas berumah tangga dan bergelar isteri, dia lebih menjaga batas pergaulan kerana tidak mahu menjejaskan kepercayaan diberikan oleh suami.

Bella turut meluahkan rasa syukur suaminya memahami cara kerjanya, bagaimanapun dia akan melihat jalan cerita sesebuah naskah itu sebelum bersetuju untuk menerima tawaran tersebut.

“Alhamdulillah, suami memahami kerja, tetapi saya tidak boleh mensia-siakan kepercayaan diberikan suami. Saya faham, apabila memegang status isteri, saya harus tahu menjaga batas.

“Biasanya, apabila menerima tawaran, saya akan melihat siapa pengarah dan macam mana jalan ceritanya sebelum bersetuju,” katanya kepada BH Online.

Bella berkata minat dalam bidang lakonan tidak pernah luntur, malah suaminya juga tidak pernah menghalang minatnya itu. Katanya lagi, dia juga kini sedang sibuk menguruskan perniagaan.

Dalam pada itu, meskipun suaminya seorang ahli perniagaan namun itu bukan alasan untuk bergantung kepadanya. Ujarnya, perniagaan yang diusakannya itu dipelajarinya sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning! The view from Bukit Tunku 🧡☀️

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

“Saya lebih suka berdikari. Walaupun suami ahli perniagaan tetapi hampir 90 peratus perniagaan diusahakan dipelajari sendiri.

“Berikutan PKP tempoh hari, saya dapat membahagikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan. Alhamdulillah, pendapatan diraih sepanjang tempoh PKP juga memberangsangkan,” katanya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rotikaya



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...