Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr Che Hafiz mengesahkan rumah tangga mereka sudah berakhir selepas berce-rai talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Jangan kait lagi dengan bekas isteri
Menurut Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berharap agar tiada lagi mana-mana pihak yang mengaitkan dia dengan Lufya selepas ini memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.
“Sebenarnya, saya dan Lufya sudah sah berce-rai pada 17 Jun lalu di hadapan hakim di mahkamah. Saya berharap sangat selepas ini tiada lagi pihak yang cuba mengaitkan saya dengan dia sebab kami bukan lagi suami isteri.
“Saya beritahu perkara ini sebab taknak ada timbul salah faham antara mana-mana pihak atau berlaku prasangka buruk terhadap saya. Apa-apa saya minta maaf dan harap semua pihak memahami,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Dr Che Hafiz menyatakan dia tetap akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan sebaik mungkin.
Kata2 Hafiz
“Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin. Siapa tak sayang anak kan. Itu dar4h daging saya. Saya berharap ia tidak dihalang oleh Lufya,” katanya lagi.
Sebelum ini, Lufya ada memuat naik sebuah posting berkenaan dengan isu seorang suami tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak di Instagram (IG) miliknya.
Oleh sebab itu, Dr Che Hafiz memilih untuk mended@hkan perkara sebenar kepada umum.
Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.
‘Tak jenguk anak hampir setahun’
Sebelum ini Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, 35, ralat apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah hampir setahun tidak menjenguk anak, Laana Haura.
Bukan mahu mengeruhkan keadaan, sebaliknya Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar mahu menjelaskan kedudukan sebenar. Ada d@kwaan mengatakannya tidak mengizinkan suami bertemu anak.
“Saya harus menjelaskan soal jumpa anak. Ini kerana ada yang beranggapan saya tak bagi suami jumpa anak. d@kwaan ini tidak benar sama sekali. Kalau tak mahu bercakap dengan saya bertanyakan anak, dia boleh sahaja menghubungi ibu mentua atau adik iparnya, tetapi kenapa berdiam diri?
“Saya dan suami kali terakhir berkomunikasi ketika mahu mengundangnya ke majlis hari lahir Laana yang kedua pada November lalu. Tetapi, dia tak datang kerana sibuk bekerja.
“Saya tiada masalah memberi kebenarannya bertemu anak di rumah. Jika saya keluar bekerja, anak di bawah jagaan ibu saya. Jadi, tak timbul masalah jika dia mahu meluangkan masa dengan anak,” katanya kepada BH Online.
Pelakon drama Umairah itu mend4kwa, suaminya tidak langsung bertanya khabar anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga masuk Ramadan.
“Dia harus ingat tanggungjawab pada anak, sekali pun sibuk dengan tugasnya sebagai petugas barisan hadapan. Andai kata kami tiada jodoh sekalipun, nanti, Laana tetap darah dagingnya.
“Bagaimanapun, saya bersyukur di sebalik ujian rumah tangga, rezeki saya dan anak datang dalam pelbagai cara,” katanya.
Lufya berkata, dia tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai resipi masakan untuk hidangan berbuka puasa.
“Saya jenis suka masakan Melayu atau lauk kampung. Jadi, salah satunya menu wajib kena ada masakan pedas.
“Pada Ramadan ini, saya seronok mendapat rezeki tajaan makanan untuk dipromosikan dalam laman Instagram (IG). Dapat makanan sedap, terasa nikmat hidup.
“Saya tidak mengenakan bayaran untuk membuat ulasan produk makanan. Saya mahu membantu mempromosikan perniagaan Bumiputera dan peniaga industri kecil sederhana,” katanya.
Ketika ini, kes permohonan cerai Lufya dan suaminya masih tergantung. Mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana yang kini berusia dua tahun. Pergolakan rumah tangga Lufya dan suami dapat dihidu wartawan pada Oktober 2018.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Musang Viral
via Sinar Viral Network
0 Comments