Hamiil 7 Bulan, Ini Penampilan Terkini Erynne Erynna Pelakon Cilik Tersohor Satu Ketika Dulu

Selebriti Erynne Erynna bukanlah asing lagi dalam industri seni tanah air apabila dia sudahpun berjaya menempa nama sebagai seorang pelakon yang cukup dikenali dari usia kanak-kanak.

Kini berusia 24 tahun, Erynne Erynna atau nama sebenarnya Syazlynn Erynne binti Abdullah sememangnya antara pelakon cilik berbakat yang sangat menyerlah dari usianya 8 tahun dengan membintangi puluhan cerita di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka pelakon kecil molek ini akan bergelar seorang ibu tidak lama lagi apabila dia bakal menimang cahaya mata sulungnya.

Erynne Erynna juga difahamkan sedang ham1il 7 bulan dan gara-gara perkongsian fotonya sempena menyambut hari raya baru-baru ini membuatkan dia menerima pelbagai reaksi.

Menerusi Instagram, dia mengucapkan selamat hari raya buat semua dan bersyukur dapat beraya lagi dan kali ini pula bersama ‘baby bvmp’.

“Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami dan keluarga tercinta. Alhamdulillah syukur dapat beraya lagi tahun ni and this time plus wit our lil bundle of joy in my tummy hehe…”

Untuk info, pelakon yang cukup berbakat sejak kecil ini sudahpun menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihannya pada 17 April tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah 💍 17th April 2019

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on

Perkongsian foto dihari raya dimana mereka tampil mengayakan busana sedondon bersama membuatkan peminat-peminat pelakon ini meningg4lkan pelbagai reaksi.

Ada yang tidak menyangka dia sudah berkahwin dan bakal bergelar ibu sekali gus membuatkan peminat merasakan cepatnya dirinya dewasa selain mendoakan yang terbaik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HCL / Koleksi Viral



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...