Rab Khalid Atau Yeh Sekupang Meninggal Dunia

Pelakon Rab Khalid, 48, dilaporkan telah menghembuskan nafar terakhir kira-kira jam 4.15 petang sebentar tadi.

Perkara ini dimuatnaik oleh kenalannya sendiri di laman Facebook milik Allayaraham bagi memaklumkan berita mendukacitakan itu.

Allahyarham Rab Khalid atau lebih dikenali sebagai Yeh Sekupang hari ini dilaporkan kritikal di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang selapas diserang sakit jantung.

Dari Facebook Mamat Khalid

Dari Fb Pelakon Mohd Sharwani Hamad Hadi

Menurut laporan ini adalah kali kedua Allahyaraham diserang masalah jantung selepas kali pertama pada bulan lalu.

Rab sangat dikenali dengan panggilan Yeh Sekupang iaitu watak dilakonkan dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan arahan Mamat Khalid.

Berasal dari Parit Buntar Perak, anak kedua daripada enam beradik itu dikenali dengan lakonan komedi bersahaja menerusi beberapa karya Mamat seperti Hantu Kak Limah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa. – Siakapkeli.my



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...