Sambutan Syawal kali ini pastinya memberi perbezaan kepada penyanyi dan pelakon Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari. Kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair pada dua bulan lalu membuatkan Bunga terpaksa cekal teruskan hidup bersama Noah.
Selepas pemergian suami menghadap Ilahi, ini kali pertama BCL memuatnaik vide0 istimewa di laman Y0utube. Selepas 4 jam dikongsikan di platform itu, vide0 tersebut telah cecah 461 ribu tontonan.
‘Nikmati moment yang dipunya’
VIDEO:
Ini merupakan vide0 pertama yang dimuatnaik menerusi akaun Y0utube Bunga Citra Lestari selepas hampir dua bulan kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair. Vide0 berdurasi 11:28 minit itu didedikasi khas buat arwah suaminya, memaparkan kenangan sambutan Syawal mereka bersama pada tahun-tahun sebelum ini.
Sambutan tahun ini agak berbeza. Kehilangan suami tersayang, namun, lebaran penyanyi ini masih ditemani dengan keluarga tercinta. Permulaan vide0 ini dibuka dengan serangkap ayat yang menyentuh perasaan ramai penonton.
Nikmati moment yang dipunya. Mencintai, memberi kasih dengan orang yang dicintai. Karena kita tahu, Waktu amat sangatlah berharga.
Ini bukan perjalanan yang mudah
Bunga Citra Lestari menerusi kapsyen di laman Y0utube tersebut mengakui perjalanan hidup tanpa suami tercinta adalah sukar baginya. Terkadang hatinya menjadi lemah meskipun dia sedaya cuba kuat hadapi kebenaran hidup. Tapi dia percaya ini merupakan proses baharu bagi dirinya dan anak.
Peminat juga bersedih
Rata-rata penonton juga bersedih dan menangis menonton vide0 ini. Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Bunga untuk meneruskan kehidupan bersama anak tanpa Ashraf disisi.
Sumber: BCL / Ohbulan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
via Sinar Viral Network
0 Comments