Kerana Sayang Noorkhiriah Wakafkan MPV ‘Starex’ Miliknya Menjadi Kenderaan Jenaz4h.

Pelakon Noorkhiriah berhasrat menjadikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenaz4h.

Menurut pelakon drama Nur itu, kenderaan yang akan diubah suai itu diharap akan dapat digunakan dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenaz4h secara percuma kepada umum.

“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan kenderaan belakang ini van jenaz4h. Bagi yang memerlukan dialu-alukan.

“Perkhidmatan percuma van jenaz4h @nurbykhiriah. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak beritahu. Terima kasih pada yang menyumbang,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Menurut Noorkhiriah lagi, tindakan yang dibuat itu merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan sebagai bekalan di akhirat kelak.

“Akak tak kaya tetapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua.

“Setakat cerita kat tv tu jangan cerita, jangan kira dosa pahala orang lain..semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan diri sendiri,” katanya.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya.

sumber : astro gempak / petuadanresepibonda.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...