(Video) "Jawapan Biarpun Menyakitkan, Lebih Baik Dari Gantung Tak Bertali," Anak Mangsa MH370 Luah Rasa Sedih Lepas 4 Tahun Menunggu


8 Mac - Pada tanggal 8 Mac 2014, negara dikejutkan dengan sebuah tragedi pesawat Malaysia Airlines yang dilaporkan telah hilang dari radar sejak 4 tahun lepas sehingga ke hari ini masih kekal misteri.

Pesawat MH370 itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam dan dijadualkan mendarat di Beijing, China pada jam 6.30 pagi itu dilaporkan terputus hubungan dengan Kawalan Traffik Udara Subang pada jam 2.40 pagi.

Pesawat jenis Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu pada mulanya diumumkan berakhir di Lautan Hindi. Namun, tiada apa yang dapat membuktikan bahawa pesawat malang itu berakhir di tengah lautan paling dalam di dunia itu.

Hari ini genap 4 tahun kehilangan peswat MH370 dan kehilangannya kekal misteri sehingga kini. Segala teknologi canggih telah digunakan untuk mengesen kapal terbang komersial ini. Namun, semua usaha itu menemui jalan buntu.

Pelbagai spekulasi yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Ada yang mengatakan pesawat ini telah dirampas oleh sekumpulan anggota tentera dan disembunyikan di suatu tempat. Ada juga yang mendakwa pesawat ini menjadi mangsa keadaan apabila beberapa penumpang pesawat ini terpalit dengan isu pertelagahan antara dua negara asing.


Namun, itu semua hanyalah spekulasi dan tiada apa-apa yang dapat membuktikan kesahihan perkara tersebut. Jika kita yang tidak terlibat dengan kehilangan ini pun sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa yang hilang. Bagaimana agaknya perasaan keluarga mangsa-mangsa yang terlibat? Sampai ke hari ini ahli keluarga mereka hilang tanpa jejak.

Astro Awani ada menemu ramah seorang anak kepada wanita yang menjadi mangsa kehilangan pesawat MH370 dan beliau menceritakan perasaan beliau ketika ini.

Penantian Grace Nathan bagaikan tidak berpenghujung yang menantikan berita tentang ibunya, Anne Daisy. Salah seorang penumpang MH370 tersebut. Anak mana yang tidak sedih apabila ibu kesayangan tiba-tiba hilang tanpa berita.

Menurut Grace, kejadian seperti ini tidak sama seperti jika ahli keluarga ditimpa kemalangan jalan raya dan maut dalam kemalangan itu kerana jika mengalami kemalangan setidaknya kita tahu ahli keluarga kita telah meninggal dunia dan kita boleh terima kenyataan bahawa mereka sudah tiada.

Jika hilang tanpa dikesan seperti ini, Grace berpendapat tiada apa yang nak diterima dan tiada apa yang nak dia 'Move On'.

"Tak ada apa-apa nak accept dan tak ada apa-apa nak move on," kata Grace.

Jom ikuti temu ramah yang dibuat oleh Astro Awani kepada salah seorang ahli keluarga mangsa pesawat malang MH370

Kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya dan telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengesan pesawat MH370 ini dan yang terbaru Malaysia telah melantik Seabed construtor untuk meneruskan usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines itu d dikatakan hari ini kerajaan akan mengumumkan sesuatu tentang kehilangan pesawat ini.


Semoga pengakhiran pesawat ini adalah sesuatu pengakhiran yang terbaik untuk semua keluarga mangsa yang terlibat.
Video: BH Online

Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...