Budak Lelaki Masukkan 'Password' Yang Salah Berulang Kali, Iphone Ibunya Terkunci Selama 47 Tahun


8 Mac - Tindakan seorang budak lelaki berusia 2 tahun di Shanghai yang memasukkan kata laluan yang salah berulang kali telah menyebabkan iPhone milik ibunya terkunci selama 47 tahun.

Kejadian yang berlaku pada Februari, wanita berkenaan meninggalkan telefon pintarnya itu untuk anaknya menonton video pendidikan dalam talian.

Menurut laporan The Sun, apabila ibunya pulang ke rumah dan mengambil semula telefonnya itu, beliau mendapati ia terkunci selama 25 juta minit selepas kekunci ditekan berulang kali ketika kata laluan diminta.

Setiap kali kekunco yang salah ditekan, telefon pintar itu akan terkunci untuk beberapa tempoh yang ditetatpkan. Jika sudah kerap kali memasukkan kata laluan salah, tidak mustahil tempoh itu akan menjadi lebih lama.


Juruteknik di kedai Apple di Shanghai berkata, wanita itu sama ada boleh menunggu sehingga tempoh itu habis untuk memasukkan semula kata laluannya atau menghapuskan semua perisian dan memasukkan perisian baru.

Juruteknik itu, Wei Chunlong juga berkata, dia pernah melihat telefon dilumpuhkan melebihi 80 tahun akibat perbuatan sama.

Sementara itu, South China Morning Post melaporkan wanita terbabit yang cuma dikenali sebagai Lu menunggu hampir dua bulan sebelum membawanya ke kedai.

“Tak mungkin saya tunggu 47 tahun dan beritahu cucu saya kelak, bapanya yang menyebabkan kejadian ini,” katanya yang dipetik media tempatan- Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments

loading...