Apa yang dirasakan mereka tidak dapat difahami. Sudahlah gagal, masyarakat pula pandang sepi dan tidak memberikan harapan serta semangat untuk terus berjuang. Seolah-olah kegagalan peperiksaan ini seperti kegagalan dalam hidup.
Persepsi ini seharusnya perlu diubah, ramai sebenarnya mereka yang gagal dalam ujian tapi di dunia sebenar, mereka menjadi seseorang yang dihormati. Seperti perkongsian dibawah ini daripada Hilal Asyraf, menceritakan seorang lelaki yang gagal pada peperiksaan SPM lepas, menjadi seorang pengarang kepada 40 buah karya, beberapa judul yang sudah best-seller serta mempunyai perniagaan penerbitan sendiri! Luar biasa sangat.
Mari ikuti perkongsian dibawah ini yang wajar dijadikan rujukan serta panduan untuk adik-adik yang masih menyesali keputusan yang tidak memberangsangkan untuk terus pandang ke depan dan capai kejayaan korang kerana ianya masih belum terlambat!
Thread: SPM - Saya hanya dapat 3A— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Tahniah kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan SPM. Walau apa pun markahnya, tahniah.
Cemerlang atau kurang cemerlang markah di atas kertas itu bukan menjadi penentu kepada kecemerlangan diri masing-masing.
Kecemerlangan yang sebenar ialah peribadi yang telah bersungguh-sungguh mengusahakan yang terbaik. Dia sudah studi sungguh-sungguh, dia sudah ulangkaji, dia tidak ponteng kelas, dia berakhlak dengan guru, maka dia cemerlang hatta jika markahnya rendah.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018
Kecemerlangan juga ialah orang yg bertaubat. Selama ini malas, selama ini x dengar cakap guru, selama ini main2 dalam menuntut ilmu. Bila dpt keputusan rendah, lantas bermuhasabah & insaf, bergerak lakukan perubahan diri ke arah yg lebih baik untuk seterusnya, maka anda cemerlang— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018
Tapi jika markah anda tinggi, namun kemudian riya', takabbur, rasa besar diri, rasa hebat, rasa lebih bagus dari orang lain, orang lain yang markah rendah dianggap hina, maka sebenarnya anda gagal.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Jika peribadi anda tidak baik, anda tidak dedikasi pun, akhlak anda buruk....
...anda dapat markah tinggi sekalipun, maka sebenarnya anda gagal.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Dan termasuk di kalangan orang gagal ialah yang meniru dan menipu dalam peperiksaan.
Manusia lain hanya mampu menilai kita dari zahir. Maka markah SPM dijadikan kayu ukur kecemerlangan.
Hakikatnya tidak begitu. SPM hanya satu persinggahan. Satu 'checkpoint'. Markah anda tinggi atau rendah, hanya satu momen dalam kehidupan anda yang masih panjang.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Maka yang markah tinggi jangan rasa selesa, yang markah rendah jangan berputus asa.
Kehidupan akan membawa anda kepada 1001 mehnah dan tribulasi, tidak lama lagi.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Jadi bersedia. Persiapkan diri mempunyai peribadi yang cemerlang, walau apa pun markah anda terima semalam.
Peribadi yang cemerlang ialah peribadi yang mahu diselamatkan dari neraka....
....dan dimasukkan ke dalam syurga. Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya." Surah Ali-Imran ayat 185.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Bukanlah peribadi tersebut bermakna kita tinggal terus urusan duniawi...
...belajar apa semua tak penting. Tetapi mempunyai peribadi tersebut akan menjauhkan kita dari anasir-anasir dan sikap buruk dalam mengharungi kehidupan mendatang.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Ada peribadi tersebut, kita cemerlang, walau apa pun markah kita di atas kertas.
Kerana peribadi tersebut ialah peribadi yang jujur, amanah, dedikasi, disiplin, bersungguh-sungguh, tidak culas, tidak curi tulang, tidak khianat, tidak zalim, tidak menganiayai diri sendiri dan orang lain. Kerana dia mahu dimasukkan ke dalam syurga, dan diselamatkan dari neraka.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018
Maka adik-adik, saya doakan kecemerlangan peribadi tersebut untuk adik-adik. Saya harap, adik-adik juga sudi mendoakan kecemerlangan yang sama kepada diri saya.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Saya lepasan SPM 2006. 3A sahaja. A1 Bahasa Melayu, A2 Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, A2 Matematik Moden.
Hari ini memegang ijazah kepujian Usuluddin, Yarmouk University, Jordan(grad 2012). Pengarang kepada 40 buah karya, beberapa judul bestseller, semenjak 2009. Semenjak 2016 telah mempunyai perniagaan penerbitan sendiri, kecil-kecilan setakat ini. :)— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Ni yang latest. :) pic.twitter.com/8PBhgshXjd
Dulu saya terpaksa masuk aliran sains walau minat sastera atas faktor hajat ibu bapa, juga faktor suasana.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Bosan dengan tekanan untuk asyik dapat markah tinggi(UPSR 5A, PMR 9A) maka saya studi ala kadar sahaja dan fokus apa yang saya minat.
Masih ada beberapa kekecewaan sebab BI saya B, Sejarah saya B, Pendidikan Syariah Islam saya B. Bahasa Arab saya C. Walhal keempat-empat ini saya rasa okay dan yakin boleh dapat cemerlang.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Tapi nak buat macam mana, mungkin ada jawab silap, pemahaman silap. Huhu.
Tapi berbangga juga kerana walaupun saya tak minat sains dan terpaksa, Fizik saya B, Biologi saya B, Matematik Tambahan saya C. Hanya Kimia aja D. Itu pun kalau nak tahu, sepanjang tingkatan 4 & 5, saya tak pernah lulus Kimia dan Matematik Tambahan. Hihi. :)— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018
Sains ni saya minat nak tahu aja. Tapi nak dapat markah tinggi, hmmmmmm.... Haha. :)— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Saje je la kongsi semua ni.
Nak tunjuk keputusan SPM bukan segala-galanya. Begitulah di universiti nanti pun. Kita ada minat masing-masing. Bukan semua yang kita terpaksa ambil tu, kita minat.
Kadang kita ambil keputusan x nak beri tekanan berlebihan kpd diri, dan fokus pada apa yang kita minat dan suka.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Di universiti, saya buat keputusan itu. Saya suka mengarang(BM dapat A1 kut. haha), maka saya mula rajin mengarang karya di universiti.
Saya minat perbahasan agama, ambil usuluddin, maka karya-karya saya bertemakan agama Islam.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Sampailah ke hari ini, itulah kerja saya. :)
Alhamdulillah.
Saya yakin, adik-adik yang dapat keputusan semalam pun, walau apa pun markah anda, boleh berjaya dalam hidup.
Siakapkeli.myYang penting ada jati diri, kesungguhan, kejujuran, amanah, disiplin dan sebagainya yang saya tekankan awal-awal thread tadi.— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) March 16, 2018Itulah yang akan membantu kejayaan kita menempuhi hidup di dunia ini, seterusnya berjaya di akhirat kelak.
Setakat itu sahaja.
Sama2 saling mendoakan.
0 Comments