Jika Rasulullah S.A.W membenci seseorang bererti kebencian tersebut bedasarkan kebatilan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Ada pepatah melayu berkata "nanti Nabi tak mengaku umat" sering dikaitkan dengan isu homoseksual, namun tidak kita tahu ada beberapa lagi perkara yang menghalang kita sebagai umatnya, mendapatkan syafaat dan kecintaan Rasulullah S.A.W.
Kita selalu dengar orang kata, "Nanti Nabi tak mengaku ummat" berkaitan dosa homoseksual. Hakikatnya banyak lagi dosa yang Nabi seakan "tak mengaku ummat."— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 18, 2018Ini thread hadis-hadis Nabi "tak mengaku ummat." #AddienThread
1. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 18, 2018Kata Nabi:
ليس منا من تشبه بالرجال من النساء ولا من تشبه بالنساء من الرجال
Bukan golongan kami, wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan. (Riwayat Ahmad)
2. Menipu dalam jual beli atau selainnya.— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 18, 2018Nabi pernah ke pasar dan dapati orang campur makanan yang rosak dalam makanan elok. Kata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
لَيْسَ مِنَّا مَنْ غَشَّ
Bukan dalam kalangan kami, orang yang menipu. (Riwayat Abu Dawud & Ibn Majah)
3. Meratap kematian seperti orang jahiliyyah.— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 18, 2018Kata Nabi,
ليس منا من لطم الخدود، وشق الجيوب، ودعا بدعوى الجاهلية
Bukan golongan kami, orang yang menampar pipi, mengoyakkan baju dan meratap dengan ratapan jahiliyyah. (Riwayat al-Bukhari)
4. Tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua a.k.a kurang ajar.— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 18, 2018Kata Nabi,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
Bukan golongan kami, sesiapa yang tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua. (Riwayat al-Tirmizi)
5. Fanatik kaum, berpuak-puak secara melampau.— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 18, 2018Kata Nabi
ليس منا من دعا إلى عصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية
Bukan golongan kami, sesiapa yang mengajak kepada fanatik kaum, berperang kerana fanatik kaum dan mati kerana fanatik kaum. (Abu Daud)
6. Menyebabkan pergaduhan antara suami dan isteri (banyak terjadi di media sosial).— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 19, 2018Kata Nabi,
لَيْسَ مِنَّا مَنْ خَبَّبَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا
Bukan golongan kami, sesiapa yang menyebabkan permusuhan seorang isteri kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud)
Siakapkeli.my7. Tidak mahu berkahwin seperti rahib atau membujang tanpa sebab yang diizinkan syarak.— Ad-Dien Walker (@AdDien90) January 19, 2018Kata Nabi,
النِّكَاحُ مِنْ سُنَّتِي فَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ بِسُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Kahwin itu sunnahku. Sesiapa yang tidak beramal menurut ajaranku, maka dia bukan golonganku. (Ibn Majah)
0 Comments