Pasangan Di Arab Saudi Bercerai, Ibu Automatik Dapat Hak Penjagaan Anak Tanpa Perlu Fail Kes Mahkamah


Apabila berlaku kes penceraian, selalunya ayah atau ibu boleh menfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak yang masih kecil.

Namun, Kementerian Kehakiman Arab Saudi pula mengumumkan semalam bahawa hak penjagaan anak secara automatik akan diberikan kepada ibu dalam kes perceraian yang tiada pertikaian, lapor berita tempatan Sabq online.

Menurut sumber, Menteri Keadilan, Walid Al-Samaani berkata, ibu tidak perlu memfailkan kes mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka.

Berikutan keputusan ini, ibu di Arab Saudi boleh menguruskan keperluan anak-anak mereka, dan menikmati hak untuk ke luar negara tanpa kebenaran hakim.

Menurut dailyfinland, ibu juga turut berhak mendapat mana-mana elaun anak-anak daripada kerajaan dan organisasi sivik.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada banyak usaha kerajaan Arab Saudi untuk memberi lebih hak kepada wanita, termasuk peluang pekerjaan dalam sektor yang terhad kepada lelaki dan kebenaran untuk memandu.

Siakapkeli.my

Sumber : BH Online

Post a Comment

0 Comments

loading...