Mungkin sudah ramai mengenali Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, seorang aktivis masyarakat yang sering tampil membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan tanpa mengira bangsa atau agama.
Beliau sebelum ini telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu masyarakat memerlukan sehingg wujudnya Pasar 10 sen, Rumah RM1, ambulan 10 sen, teksi 10 sen dan van jenazah percuma untuk mereka yang amat-amat memerlukan dan tidak mampu.
Terbaru, di kawasan Puchong pula, beliau telah mengambil insetif membantu mereka yang kelaparan dan susah, apa yang menarik mereka hanya perlu menghubungi beliau di 03 27181783.
Katanya, dia tolong tidak ada karenah birokrasi, "Tak payah apply online, tak payah isi borang, takpayah jadi pengundi, tak payah ada surat sokongan ahli majlis, JKK atau YB,t ak perlu dengar ceramah, tak perlu duduk dalam majlis untuk majlis penyampaian tak payah cop ADUN atau Ahli Parlimen, tak payah naik teksi atau bas untuk ambil, tak payah ambil gambar beramai-ramai dan tak payah tunggu lama-lama," tulis beliau di laman Facebook.
0 Comments