Jenayah ragut semakin menjadi-jadi di mana sahaja. Peragut akan mencari peluang untuk melakukan perbuatan jahat mereka walaupun di tempat awam. Sekiranya terleka, kita juga akan menjadi salah seorang dari mangsa peragut. Pentingnya sentiasa beringat bahawa lebih baik berhati-hati daripada berasa senang hati apabila berjalan di mana-mana.
Sebentar tadi didatangi seorang lelaki yang mencurigakan ketika nak naik motor selepas selesai keluarkan duit di bank. Lelaki tersebut datang tiba tiba dan minta RM1 untuk isi minyak katanya tak cukup duit untuk balik. Ketika saya baru nak mengeluarkan duit, lelaki tersebut seperti ada menyeluk sesuatu perlahan lahan ke dalam beg silang hadapannya lantas saya membatalkan hasrat dan memberikan alasan tiada duit kecil.
Antara kebarangkalian boleh berlaku adalah ketika kita leka nak mencari duit dalam wallet/bag,dia boleh merampas/menyerang kita dan terus berlari kepada kawannya yang berada di motosikal dan berlalu pergi.
Saya kongsikan tips keselamatan jika anda menghadapi situasi ini :
1) Berada pada jarak selamat dengan orang yang anda tidak kenali dan pegang bag/wallet anda dengan kuat.
2) Bagi alasan tiada duit kecil dan perlu tegas serta jangan lupa untuk lihat keadaan sekeliling agar anda bersedia dengan segala kemungkinan.
3) Jika keadaan semakin tegang,maka terus berlalu dari situ dan minta pertolongan,tinggalkan motosikal/kenderaan anda.
Kepada sesiapa yang merasakan post ni bermanfaat,maka kongsikanlah agar kita dapat bantu orang lain terutamanya kaum wanita yang sering jadi sasaran. Kepada yang rasa post ini cuma panik/paranoid.anda boleh abaikan cuma jangan menyesal jika ianya berlaku kepada diri sendiri atau saudara mara. Terima kasih. Semoga bermanfaat.
0 Comments