
Wanita itu, Arsy Hallawi yang dipercayai bekerja di Hong Koong telah memuat naik video dan menyatakan rasa bangganya dengan kesedapan daging masak kicap yang didakwanya sebagai daging babi.
"Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya enak, empuk dan tidak keras."
Daripada video yang dirakam, dia juga telah memberitahu bahawa tipulah jika warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura itu tidak pernah makan daging babi.
Video berkenaan tular dan dihujani dengan pelbagai reaksi negatif netizen terhadap wanita terbabit yang memakan 'daging' babi tersebut kerana makan dengan bertudung labuh.
Menurut media, sejurus mendapat kecaman hebat daripada masyarakat, Arsy telah memuat naik satu lagi video memohon maaf dan memberitahu bahawa daging yang dimakannya itu sebenarnya adalah daging ayam.
Katanya, daging ayam dan kulit ayam putih itu diletakkan kicap untuk mengelirukan orang ramai.
"Saya juga meminta maaf kepada pekerja Indonesia di Singapura, Hong Kong dan Taiwan kerana menuduh mereka memakan daging babi," katanya."Walaupun kejadian itu sudah lama, tetapi ia tetap memberi tekanan kepada saya," katanya dalam video berkenaan.
0 Comments