Declare Cukai Pendapatan Sebelum April, Ikut Je Step Mudah Nie, Tak Perlu Risau, Untung-Untung Dapat Refund Duit Lagi


Di negara kita, sistem taksiran sendiri digunakan untuk mengira cukai pendapatan yang perlu dibayar. Dalam sistem taksiran sendiri ini, setiap orang yang memenuhi syarat perlu menyerahkan borang taksiran secara atas talian melalui sistem e-filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Apa yang perlu diisytiharkan dalam borang taksiran tersebut adalah semua pendapatan bercukai, potongan cukai, pelepasan cukai dan rebat cukai yang diperoleh pada tahun sebelumnya. Selepas semuanya diisytiharkan, pengiraan untuk cukai pendapatan akan dijana secara automatik. 

Tempoh serahan borang dan pembayaran cukai bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 30 April atau 30 Jun bergantung kepada jenis pendapatan yang diperoleh, dan taksiran dilakukan untuk tahun sebelumnya (taksiran tahun 2016 dilakukan pada tahun 2017 dan taksiran tahun 2017 pula dilakukan pada tahun 2018).

Bagi yang baru mula bekerja atau baru memenuhi syarat dikenakan cukai pendapatan, jangan takut atau risau untuk declare cukai pendapatan anda. Untung-untung dapat refund duit lagi.


Untuk lebih jelas, jom kita ikuti perkongsian oleh Ifa Amir  yang tular di laman sosial facebook. Boleh dijadikan panduan untuk anda, hanya ikuti langkah mudah seperti yang dikongsikan wanita ini. Semoga bermanfaat.


PANDUAN MENGISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN

Elooo, dah declare cukai pendapatan ke hakak dan abang-abang sekalian? Sempat lagi nih. Sebelum hujung April.

Tak payah takut jangan risau, sebab kawan senpai cakap declare je. Untung-untung dapat refund duit. Sonoknyaaaaaa!! Senpai pun baru paham. Hahaha. Poyoss tau.

Ikut je la step ni. Boleh buat sendiri depan laptop atau henpon. kalau takde, pergi je dekat LHDN berdekatan. Diorang sediakan komputer khas. Boleh tanya terus kalau tak tahu.

Jom, saya share langkah-langkah untuk borang BE (tanpa perniagaan) untuk tahun 2018:


Langkah 1: Log masuk ke ezhasil. Macam online banking, siap ada frasa keselamatan sebelum masukkan password. Pastikan check tu kita punya ke bukan.

Frasa keselamatan anak panah sebelum isi password tau. macam online banking la. Kalau bukan awak punya, jangan letak password tau.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...