Waris Syarikat Naza Dan Berjaya Group Nikah Hari Ini


KUALA LUMPUR: Waris kepada syarikat Naza Group dan Berjaya Group, SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada hari ini.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan mereka pada pagi ini dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Chryseis yang merupakan anak kepada Tan Sri Vincent Tan menerima mas kahwin sebanyal RM1,000.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang juga abang kepada SM Faliq telah memuat naik gambar mereka sah bergelar suami isteri di laman instagramnya.

Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman Instagram.

Sumber- mStar Online

Post a Comment

0 Comments

loading...