

Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa utk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dlm petiais utk plan minggu depan punya menu pulak.
Dulu hani pernah share pengurusan pantri kan?
http://ift.tt/2GGyZfy
Ni hani share pengurusan peti ais pulak.
Tips nak nampak peti ais nampak kemas dan bersih:
Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Skrg dah trend org pasang glass wallpaper kan? Cantik2 semua. Hani dari 3 4 tahun dulu mmg setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats utk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray). Lagi pulak hani suka tukar2 style kejap corak bunga2 kejap corak lain. Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dr tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sngt peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah2 dan area belakang2.

Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dr segi visual)

Buat pengkhususan setiap shelf utk letak apa. Optional: labelkan (guna masking tape pun ok)

Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.

Pengurusan peti ais yang betul utk bahan-bahan:
- SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)
Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keaddannnya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason
😅 tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang
Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak
Cara menyimpan telur dengan betul

Ada dua cara:
1. Simpan di luar peti ais
lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sukarangnya sebelum best before date)
jgn dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk meghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak
simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
jgn disimpan di bhgn pintu peti ais, simpan di bhgn dalam peti sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka pintu dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara menyebabkan telur cpt rosak.
kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais
jgn dibasuh telur, nak masak baru basuh
- UBAT-UBATAN
So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.
0 Comments