Sudah pasti ramai antara kita yang mengalami masalah tona kulit yang tidak sekata. Paling ketara, kulit muka putih tapi warna kulit tangan pula gelap gara-gara terbakar kerana terdedah dengan cahaya matahari. Dah cuba bermacam produk putihkan kulit tangan, tapi hasilnya tetap sama. Mesti rasa stress kan.
MINAH REMPIT KONGSI PETUA PUTIHKAN TANGAN DARI MUKA. Hamboi caption hang takleh blah. hahaha.
Ok.sejak dua menjak ni cik ann selalu sangat merempit .pi pejabat pos lah bank lah. Maka kejadian MUKA PUTIH TANGAN HITAM sememangnya tak dapat nak elak.
Cik ann asal kulit hitam hokey, ye memang hitam. Tak caya try lah godek-godek pic lama ku. Tapi disebabkan rajin dok buat benda-benda alah ni, maka nampak la putih-putih melati sedikit..hik hik
So harini rajin lebih cik ann nak share petua kasi PUTIH TANGAN DARI MUKA. sapa nak tau?Sapa nak try?
Jom ikut step di bawah. Bergantung pada kerajinan masing-masing yea. Kalau malas memang takleh buat apa.
Bahan-bahan
1) Asam jawa. Segenggam untuk sekali pakai
2) Lotion vaseline seperti dalam gambar sahaja .rujuk pic. Letak sedikit agak2 untuk skali pakai
3) Asam limau 1 biji
4) Soda bikabonat 1 sudu besar
Campurkan kesemua bahan dan gaul . Dia akan jadi buih macam sabun. Haaa..best ke best?
Tonyoh sekuat harimau dan biarkan 15 minit. Nampak tak ?ada buih-buih disitu?
Cuci dan bilas. Pastu pakai lotion. Hasil dia SUMPAH! Kulit jadi lembut gila weh! Lincin,wangi dan putih. Kedut-kedut pun tak hado dah ha tangan den..hehe
Tapi idak ler trus putih melepak yea. Nak putih trus pi celup clorok..haha. Kena rajin buat..tiap hari buat. InsyaAllah putih melepakkkkkkkkkk.
Siakapkeli.my
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments