Bercerita tentang perkahwinan, di Malaysia ini segalanya mengikut adat. Adat merisik, bertunang, bernikah, duduk dipelaminan, direnjis tepung tawar, bertukar hantaran, dan terlalu banyak untuk disenaraikan. Mungkin sebab itulah, hari ini, perkahwinan dianggap berat atau lebih tepat lagi dirasakan seperti terlalu MAHAL untuk dilangsungkan terutamanya bagi pihak lelaki.
Seiring zaman yang semakin moden, perkahwinan dilihat seperti festival keraian dengan lagu yang mengiringi pengantin, buah tangan yang diperbuat daripada kaca atau kristal, bukan lagi bunga telur cara tradisional, baju, pelamin yang terlalu gah dipenuhi bunga segar. Semua itu duit! Senang cerita, tiada duit, tiadalah perkahwinan.
| Gambar Hiasan |
Walhal, perkahwinan dalam islam jauh bezanya seperti langit dengan bumi. Rukun yang menghalalkan nikah hanya lima.
- Pengantin lelaki (Suami)
- Pengantin perempuan (Isteri)
- Wali
- Dua orang saksi lelaki
- Ijab dan kabul (akad nikah)
| Gambar Hiasan |
Shafiqah yang pernah tular satu masa dulu kerana mengahwini seorang lelaki ber’tattoo’ namun beliau tidak cepat melatah kerana seperti apa yang pernah beliau katakan dahulu, “suami ber’tattoo’ inilah yang akan sentiasa mengingatkan dirinya ketika masuk waktu solat, dan menjaga aurat isterinya daripada pandangan orang lain.”
Kami nikah sempoi je.
Just buat kenduri doa selamat RM 500. Papa pesan pada saya permulaan kahwin lagi banyak nak pakai duit. So Papa langsung tak susahkan kami nak bernikah. Senang cerita Allah permudahkan segala urusan pernikahan kami melalui famili Papa saya di Melaka. Happy kami bila Allah kurniakan saya seorang bapa yang sangat memahami dan faham agama.
Kami nikah buat yang wajib je, so semua urusan nikah kami keluarga sebelah Papa saya yang uruskan. Belanja nikah semua anggaran dalam 3k saja, termasuk kenduri doa selamat, pakaian pengantin, upah jurunikah, saksi dan lain-lain. Paling best… inai pun saya tak pakai hahaha! Rileks je kahwin sarung cincin.
Takde malam berinai
Takde pelamin
Takde makan beradab
Takde Flowergirl
Takde acara potong kek
Takde upacara renjis renjis
Takde upacara baling tepung, campak beras macam bagi ayam makan
Paling best… TIADA HUTANG LOAN DIBUAT sepanjang pernikahan kami! Pheewiiittt! Bahagia hiduppp
Pastu kami balas dendam lah… HONEYMOON sakanlah kami merata kahkahkah! Inilah antara hikmah NIKAH BUAT YANG WAJIB saja yang dulu sebab selebihnya kita pergi BERCUTI HONEYMOON sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH SWT.
Nak best lagi… bab photographer memang kami jimat 2-3 ribu sebab kami beli TRIPOD, setting camera dan edit sendiri… hasilnya pun kami puas hati… fuhhh!
Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang mahu didustakan?
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments