(Video) Cuaca Cecah 40 Celcius, Lebuh Raya Hume Di Australia Cair?


Kawasan pantai timur Australia dijangka akan dipenuhi orang ramai apabila dua bandar besar Sydney dan Melbourne dilanda gelombang haba.
Suhu di kedua-dua kawasan itu dijangka akan mencecah setinggi 40 darjah celcius (C) penduduk dia bandar tersebut memenuhi kawasan pantai bagi mengelak dari cuaca panas melampau.
Malah, pihak berkuasa turut melaksanakan larangan pembakaran terbuka di Victoria dengan menyaksikan sebatang jalan sepanjang 10 kilometer di Lebuh Raya Hume mula mencair akibat kepanasan tersebut.
Suhu tinggi tersebut telah mencairkan tar di lebuh raya itu hingga menyebabkan berlakunya kesesakkan lalu lintas berjam-jam akibat pemandu yang cuba mengelak daripada melalui permukaan jalan yang terkesan dengan fenomena itu.
Penduduk-penduduk di kawasan terlibat juga dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar selain kekal di dalam rumah sepanjang minggu ini.
Manakala suhu di Melbourne dijangkan akan mencecah pada 41C pada Sabtu menyaksikan penduduk keluar seawal Jumaat bagi megelakkan diri daripada menjadi mangsa pada fenomena tersebut.
Cuaca di kawasan Victoria bagaimanapun dijangka akan berubah pada Ahad apabila suhu diramal akan jatuh hingga mencecah 21C serta awan mendung akan kelihatan.
Manakala kawasan di Sydney dijangka kekal tidak berubah sepanjang minggu dengan suhu berada sekitar 38C pada Sabtu dan 33C pada Ahad.
Selain Sydney, Melbourne dan Victoria, kawasa Selatan Autralia dan Canberra juga dijangka mengalami nasib yang sama apabila suhu diramal bakal mencecah setinggi 38C di ibu negara.
Jabatan Bomba Australia juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan di Selatan Australia apabila suhu panas ekstrem akan mencecah hingga paras 46C.
Larangan pembakaran juga turut dikuatkuasakan di Tasmania dengan jangkaan suhu sekitar 30C dengan tiupan angin selaju 90 kilometer perjam dari utara, mengikut ramalan Weatherzone.
Nasib sama juga akan melanda Darwin dengan suhu sekitar 30C untuk tempoh sepanjang minggu.
Walau bagaimanapun kawasan Top End dijangka dilanda hujan lebat dan ribut manakala Brisbane dijangka tidak akan mengalami sebarang cuaca ekstrem.
Sumber : Dialy Mail

Post a Comment

0 Comments

loading...