13 Jan – Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang dilaporkan hilang di Kasur, Pakistan akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam timbunan sampah Selasa lalu.
Mayatnya ditemui di dalam keadaan yang sangat menyedihkan apabila dia dipercayai dirogol sebelum dicekik sehingga mati dan dibuang di dalam timbunan sampah lapor Indian Express
Mangsa dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji Al-Quran dan mayatnya ditemui hanya dua kilometer dari rumahnya.
Ini bukanlah kes kerakusan yang pertama berlaku di Pakistan dalam tempoh terdekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.
Dalam 12 kes tersebut, 5 daripadanya dilakukan oleh suspek yang sam yang masih lagi gagal dikesan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.
Kematian tragis Zainab itu mendapat bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya. Menurut mereka, mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang dikatakan gagal menangani kes sebegini.
Rusuhan yang turut meragut nyawa apabila dua penunjuk perasaan ditembak mati oleh polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.
Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh atas usaha yang dilakukan ahli keluarga Zainab sendiri.
Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial. Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia.
Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kriket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.
— Imran Khan (@ImranKhanPTI) January 10, 2018
— Mahira Khan (@TheMahiraKhan) January 10, 2018
— Mohammad Amir (@iamamirofficial) January 10, 2018
Siakapkeli.my
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments